Saturday, October 15, 2011

Keistimewaan Jalan Masjid India




SEBUT Jalan Masjid India, pastinya terbayang keseronokan membeli-belah pelbagai jenis barangan yang ditawarkan di kawasan itu.

Tarikan-tarikan tersendiri yang terdapat di kawasan dikategorikan sebagai lubuk emas di kalangan para peniaga menjadikannya terus ‘hidup’ dan ‘bernafas’ sehingga ke hari ini.

Namun, dalam kemeriahan dan keterujaan berbelanja, mungkin ada yang ‘terlupa’ tentang kewujudan satu-satunya mercu tanda tertua di kawasan tersebut - Masjid India.

Sejarah masjid itu sendiri yang dibina oleh pedagang India Muslim yang berniaga di kawasan itu pada 1863, sudah cukup untuk menceritakan kenapa namanya Masjid India.

Aktiviti perniagaan yang bermula sejak ratusan tahun lalu tidak pernah terhenti sehingga kini dan masih dapat disaksikan kebanyakan peniaga adalah India Muslim.

Kewujudan bazar di jalan tersebut terutama ketika musim perayaan menambahkan lagi kerancakan perniagaan dan menjadikannya destinasi popular ketika musim perayaan.

Di mana ada perniagaan sudah pasti wujud kedai yang menjual makanan. Begitulah juga dengan Jalan Masjid India.

Deretan kedai Mamak serta gerai di kaki lima menjadikan jalan tersebut bukan hanya untuk perniagaan namun juga menjadi destinasi popular kepada penggemar makanan.

Apa tidaknya terdapat kedai Mamak tersebut yang telah dibuka lebih 50 tahun lalu. Bahkan mungkin juga ada yang telah wujud lebih lama dari itu namun tidak diketahui ekoran pertukaran pemilik.

Begitulah istimewanya Jalan Masjid India yang sentiasa meniti di bibir warga kota dan pelancong luar sekali gus menjadikannya sebagai destinasi ‘wajib’ dikunjungi jika berada di Kuala Lumpur.

5 comments:

  1. pakistan kurang ajar

    ReplyDelete
  2. kisah benar saya 2 kali tertipu dgn warga pakistan.kebanyakan mereka suka menggoda wanita malaysia dan mengahwini mereka utk mendapat taraf penduduk tetap sahaja.mereka kaki perempuan..dan mereka juga berkahwin kontrak dgn org sabah...hati saya kini cukup menderita disebabkan janji2 manis mereka...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sabar ye...sbb ape yg i tau mereka ni turun naik hotel lepas penat berniaga di jalan masjid india...mereka menggunakan gadis melayu,endon dan sabah...

      Delete
  3. lepas bercinta dan naik turun hotel dan memberikan sedikit duit sebagai pertolongan ikhlas, akhirnya saya tertipu dan die meninggalkan saya kerana die mendapat pengganti yang baru...mereka hanya menggunakan saya untuk memuaskan nafsu sahaja...INILAH ORANG PAKISTAN (KISAH BENAR) hanya Allah yang tahu bagaimana perasaan saya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam,
      tidak menggunakan fikiran waras sblm bertindak,ini lah sifat sebenar org prempuan.mudah menyerahkan segalanya

      Delete

Tinggalkan Komen Anda Sini: