
Pengarah Urusan Kumpulannya, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, pengenalan pelan jaminan itu, akan melenyapkan terus tanggapan negatif sesetengah pihak terhadap kualiti tingkap kuasa kereta Proton sekaligus menunjukkan komitmen Proton yang sentiasa mengutamakan kualiti untuk semua model keluarannya.
“Kami berani menyatakan bahawa kini tidak ada ada lagi sebarang kecacatan terhadap tingkap kuasa dan jika masalah ini masih berlaku pelanggan boleh merujuk kepada pusat servis bertauliah Proton, wakil sah Proton atau menghubungi Proton melalui pelbagai saluran termasuk email,”katanya pada sidang media janji Proton terhadap tingkap kuasa di Shah Alam, semalam.
Menurutnya, jaminan itu boleh digunakan bagi model kereta yang dijual dalam pasaran domestik, sama ada milik persendirian atau syarikat besar yang memiliki banyak kereta.
“Dijangkakan lebih 500,000 kereta Proton daripada pelbagai model akan menerima manfaat daripada jaminan ini, 300,000 hingga 400,000 adalah terdiri daripada model jenis baru,” katanya.
“Sebaik menerima tuntutan dari pelanggan yang layak dan bergantung kepada pematuhan terma dan syarat waranti sepanjang hayat tingkap kuasa, jaminan itu akan dilaksanakan oleh Proton secara percuma, termasuk kesemua kos buruh dan alat ganti komponen tingkap kuasa,”
Jaminan seumur hidup power window itu meliputi empat komponen utama yang terdiri daripada mekanisme tingkap kuasa kenderaan iaitu pengatur tingkap kuasa, motor tingkap kuasa, suis dan run channel.
“Ingin dimaklumkan bahawa jika tingkap kuasa tidak boleh digunakan sila tukarnya secara percuma bergantung kepada terma dan syarat,” katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: