
KUALA LUMPUR – Dunia akademik negara perlu dianjak bagi menyahut hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai hub pendidikan tinggi yang bersifat global, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Timbalan Perdana Menteri berkata, ahli-ahli akademik mestilah lebih ke hadapan dalam mempelopori penyelidikan berimpak tinggi dan menjadikan inovasi sebagai paksi budaya berprestasi tinggi di universiti.
Beliau berkata, pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Belanjawan 2012 yang menjadikan tahun 2012 sebagai tahun Gerakan Inovasi Nasional perlu disahut oleh setiap ahli akademik melalui penterjemahan hasil penyelidikan dan pembangunan menjadi produk yang bernilai komersial.
“Dalam konteks ini, ahli-ahli akademik perlu sentiasa berada di barisan paling hadapan dalam mencetuskan idea-idea baharu yang bernilai komersial dan berdaya maju.
“Saya berharap agar ahli akademik yang mempunyai kepakaran dalam pelbagai bidang merebut peluang keemasan ini dan menjadi pelopor kepada Gerakan Inovasi Nasional yang diumumkan Perdana Menteri,” katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: