Sunday, October 2, 2011

Demi, Kutcher elak cerai

MESEJ TERSIRAT...imej dimuat naik Demi dalam Twitter untuk mengulas kecurangan Kutcher.
MESEJ TERSIRAT...imej dimuat naik Demi dalam Twitter untuk mengulas kecurangan Kutcher.

LOS ANGELES: Di tengah kemungkinan menjadi pasangan selebriti terbaru bercerai, pasangan Demi Moore dan Ashton Kutcher dilihat mengunjungi pusat keagamaan Kabbalah di Los Angeles, semalam.

Kedua-dua mereka masih memakai cincin perkahwinan masing-masing.


Menurut saksi, Demi, 48, dan suaminya, Kutcher, 33, tiba di situ secara berasingan tetapi meninggalkan kawasan berkenan bersama-sama.

Perkembangan itu mengiringi khabar angin yang mendakwa mereka di ambang perceraian selepas Kutcher curang dengan berfoya-foya dengan seorang penuntut, Sara Leal, 23, awal bulan ini.


Pasangan selebriti itu mendapatkan nasihat daripada kakitangan Kabbalah sepanjang musim panas ini bagi menyelamatkan rumah tangga mereka.


Sumber berkata, Demi - popular dengan lakonannya dalam filem Ghost - memang tidak tinggal bersama Kutcher.

Semalam adalah sambutan Rosh Hashanah - hari suci untuk golongan Yahudi kerana mereka boleh “membasuh dosa” masing-masing.


Demi dan Kutcher menganut fahaman itu sejak sekian lama, malah mereka berkahwin pada 2005 mengikut istiadat agama berkenaan.

Sumber berkata, Demi dan Kutcher bermalam di rumah sama.


“Sebelum ini, Demi amat sedih dan malu apabila skandal suaminya didedahkan,” katanya.


Lebih mengaibkan, kecurangan Kutcher di sebuah hotel di San Diego itu dilakukan pada hari ulang tahun perkahwinannya dengan Demi pada 24 September.


Sejak aksi Kutcher dan Sara dibongkar, kedua-dua pasangan itu memilih Twitter untuk menyatakan perasaan masing-masing.


Demi, misalnya, memuat naik imejnya berbaring dan memejam mata dengan diiringi nota “aku melihat melalui kamu.” Dia juga memetik kata-kata ahli falsafah Greek, Epictetus, mengenai kemarahan Beberapa hari lalu, Demi berhenti mengikuti catatan Twitter Kutcher dan aktor Two and a Half Men itu juga bertindak sama.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: