Wednesday, October 12, 2011

Blog medium mudah promosi



Bermula dengan melawat sebuah laman sesawang dari Amerika Syarikat yang membuat kad buatan tangan beberapa tahun dulu, nyata memberi idea untuk Noor Azlina Abdul Samad K memulakan perniagaan yang sama.

Bertitik tolak dari itu, Azlina atau lebih mesra dengan panggilan Lin, nekad menubuhkan perniagaan dalam talian, Lin Handmade Greeting Cards (LHGC) secara kecil-kecilan walaupun ketika itu tidak ada pengalaman berniaga.

“Laman itu benar-benar memberi inspirasi kerana saya sangat meminati seni kraf seperti membuat kad. Selepas melihat dan mendapatkan informasi, saya mula serius ingin menerokai perniagaan ini dan berhasrat mengikut jejak langkah peniaga berkenaan dan ingin berjaya sepertinya yang juga menjalankan perniagaan dari rumah secara dalam talian.

“Memandangkan saya mempunyai latar belakang seni, maka saya yakin boleh pergi jauh dalam bidang ini kerana ia amat sesuai dengan jiwa saya. Saya juga percaya jika saya melakukan apa yang disukai, saya boleh melakukannya dengan baik,” katanya yang memulakan LHGC pada 2007.

Menurutnya, pada awal pembabitan dia melalukan kerja-kerja seni kraf kad ini sebagai hobi. Namun, melihat sambutan dan permintaan yang menggalakkan, dia mula belajar untuk menguruskan perniagaan dengan lebih teratur.

Sedar dirinya kurang arif dalam bidang teknologi maklumat (IT), Lin gigih meningkatkan ilmu menerusi Google untuk mendapatkan maklumat dan banyak mencuba ketika mula-mula membuat blog.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: