
PUTRAJAYA – Kementerian Pengajian Tinggi akan melancarkan satu biasiswa baharu dikenali MyBrainSc kepada pelajar-pelajar cemerlang yang ingin melanjutkan pengajian dalam bidang Sains Tulen mulai tahun 2012.
Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, sebanyak RM9.5 juta diperuntukkan bagi biasiswa tersebut yang ditawarkan kepada 200 pemohon membabitkan kuota 150 pelajar dalam negara dan 50 pelajar luar negara.
Menurutnya, MyBrainSc yang menggantikan program Biasiswa Khas Tenaga Akademik (BKTA) terbuka kepada pelajar-pelajar cemerlang lepasan asasi, matrikulasi, program-program persediaan, Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan lepasan diploma.
“Selain itu, ia juga terbuka kepada calon pelajar ijazah pertama yang cemerlang dalam bidang Sains Tulen iaitu Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.75 dan ke atas.
“Mereka yang sedang mengikuti pengajian Ijazah Doktor Falsafah (PhD) atau telah mengikuti pengajian dalam bidang Sains Tulen sama ada dalam negara atau di universiti terkemuka dunia juga boleh memohon,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan majlis perhimpunan bulanan di pejabat kementerian itu di sini semalam.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: