Wednesday, October 12, 2011

Bedak asas tidak comot lagi


Izzat menunjukkan cara penggunaan berus Perfect Foundation pada wajah Tasha Shilla.


SAPUAN bedak asas yang tidak rata pada wajah merupakan antara masalah yang sering dihadapi oleh ramai wanita semasa bersolek. Bedak asas yang bertompok dan tidak rata akan membuatkan wajah nampak hodoh dan mencacatkan penampilan wajah.

Ini mungkin menjadi salah satu alasan mengapa ramai wanita yang tidak suka menggunakan bedak asas baik yang berbentuk krim, serbuk atau cecair.

Sebenarnya anda sendiri boleh mendapatkan solekan yang rata, tidak bertompok dan halus-mulus menggunakan alat mekap yang bersesuaian yang dapat membantu anda mendapatkan hasil solekan yang memuaskan.

Menyedari masalah ini, Shiseido telah mencipta berus Perfect Foundation yang merupakan berus terbaru untuk sapuan bedak asas bagi mendapatkan sapuan yang rata dan mulus seperti sapuan jurusolek profesional.

Pengurus Perhubungan Awam Pengiklanan Shiseido, Irene Heng berkata, ramai wanita memberitahu mereka sukar mendapatkan solekan secantik solekan jurusolek kerana tidak mempunyai alat solekan yang sesuai.

Jadi berus Perfect Foundation ini direka khusus bagi membantu mereka.

‘‘Berus kompak ini dibuat keseluruhannya daripada bulu sintetik yang lembut dan mudah digunakan di bahagian-bahagian yang sukar seperti sekeliling hidung dan hujung mata.

‘‘Penyelidik di Shiseido memastikan bulu berus ini padat namun lembut pada kulit supaya sapuan bedak asas menjadi mudah dan menyeronokkan,’’ ujarnya.

Menurutnya, berus Perfect Foundation direka khusus bagi penggunaan bersama-sama bedak asas cecair, krim dan serbuk, berus ini dapat meratakan bedak asas ke seluruh kulit muka.

Ia amat sesuai digunakan bersama-sama bedak asas Shiseido Perfect Refining Foundation. Pengguna boleh mengawal jumlah penggunaan bedak dengan menggunakan beberapa jenis teknik.

Bagi menunjukkan cara penggunaan berus Perfect Foundation ini, dua orang jurusolek terkenal, iaitu Baby Elle dan Izzat telah menunjukkan kepakaran mereka menyolek dua orang selebriti terkenal, Misha Omar dan Tasha Shilla. Hasilnya ialah solekan yang rata dan nampak semulajadi.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: