Tuesday, October 11, 2011

10 hari derita didera bapa tiri

MANGSA BAPA TIRI...polis mengangkat mayat mangsa  untuk dibedah siasat, semalam.
MANGSA BAPA TIRI...polis mengangkat mayat mangsa untuk dibedah siasat, semalam.

ALOR GAJAH: Keji dan tidak berperikemanusiaan! Itulah perkataan layak dihamburkan kepada seorang bapa tiri yang dipercayai mendera anak tirinya menggunakan besi panas dan seterika sepanjang 10 hari ibu kanak-kanak itu dirawat di hospital selepas melahirkan anak.

Selain kedua-dua tapak kaki kanak-kanak itu berlubang, dipercayai terkena besi panas atau seterika, ada juga kesan lebam kehitaman pada seluruh tubuh mangsa.

Mohd Firdaus Mat Dan, 6, dikatakan sudah nyawa-nyawa ikan ketika dibawa suspek ke Hospital Alor Gajah (HAG), di sini, jam 4.30 petang semalam dan riak wajahnya ketika itu seolah-olah menahan kesakitan sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Bapa tiri berusia 37 tahun itu menghantar kanak-kanak terbabit ke hospital selepas membawa isterinya berusia 41 tahun pulang ke rumah mereka di Kampung Padang Sebang, dekat sini, sebaik wanita itu dibenarkan keluar dari hospital.


Menurut sumber, mangsa yang bertubuh kurus diberikan bantuan kecemasan hampir satu jam oleh pegawai perubatan sebaik dibawa ke HAG, tetapi kanak-kanak itu gagal diselamatkan.

2 comments:

  1. Itulah lelaki yang tidak menggunakan akalnya yang sembilan yang Allah berikan

    ReplyDelete
  2. ya allah,knp dera anak tiri sampai mcm tu sekali!

    ReplyDelete

Tinggalkan Komen Anda Sini: