|
Baru sahaja melangsungkan perkahwinan bersama gadis pilihannya, Siti Rahayu Abas, rezeki lelaki yang popular dengan lagu Berlari dan Bagaikan Bidadari ini nampaknya semakin mencurah-curah.
Bakal terbang ke Istanbul bulan hadapan untuk menjayakan filem terbaru arahan Bernard Chauly yang berjudul, Istanbul…Aku Datang, Tomok selepas itu akan diterbangkan pula ke England untuk merakamkan lagu One Night Only dan bergandingan dengan beberapa artis ternama antarabangsa.
Dipilih mewakili artis Malaysia bersempena kempen Buka Semangat yang dianjurkan oleh Coca-Cola dengan kerjasama Media Prima, Tomok memanjatkan rasa syukur atas rezeki yang dating kepadanya kini. “Sesungguhnya saya rasa teruja dan berterima kasih kepada semua yang terlibat, perkara ini memang tidak dijangka sama sekali apatah lagi dibawa ke sana dan bekerjasama dengan artis-artis antarabangsa. “Saya harap apa yang saya miliki ini menjadi semangat untuk semua orang bukan sahaja daripada bidang muzik, tetapi untuk semua bidang yang ada di Malaysia,”jelas Tomok. Bagi Rommel Fuentebella, Ketua Komunikasi dan Pengaktifan Pemasaran Bersepadu, Coca-Cola Far East Limited, Malaysia/Singapura/Brunei pula, dia sangat mengagumi semangat yang dimiliki oleh Tomok semenjak dari awal kemunculannya di industri hiburan ini. “Sejak penampilan buat julung kalinya dalam industri muzik Malaysia, Tomok telah menunjukkan sikap tabah hati menghadapi pelbagai cabaran dan bersungguh-sungguh untuk mencipta nama dalam persada hiburan. “Dengan itu, Tomok seorang individu yang paling sesuai untuk dijadikan contoh bagi para belia di samping melambangkan semangat kempen Buka Semangat,” kata Rommel Fuentebella |
Saturday, September 24, 2011
Tomok selangkah ke antarabangsa
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: