![]() |
| SHOGUN Axelo dijangka mempopularkan kembali jenama Suzuki dalam kalangan penunggang motosikal. |
SUZUKI Assemblers Malaysia Sdn. Bhd dengan bangganya melancarkan model terbaharu, Suzuki Shogun Axelo di Genting International Convention Centre (GICC), pada 31 Julai lalu.
Shogun Axelo merupakan model underbone yang dilengkapi dengan ciri-ciri hebat, di samping rekaan yang dinamik bagi memenuhi permintaan pasaran motosikal yang terus meningkat.'
Jentera itu dikuasakan dengan enjin bermutu tinggi 125cc empat lejang yang memastikan kawalan gear lancar. Ia juga dilengkapi dengan sistem Pulsed Secondary Air-Injection (PAIR), bagi pembakaran rendah, selain enjin balancer untuk mengurangkan getaran yang tidak diingini.
Kerangka tiub tahan lasak berdiameter 54mm dan tiub keluli swingarm memberikan kawalan mudah serta kestabilan ketika menunggang.
Didatangkan dalam versi automatik dan manual, ia hadir bersama brek cakera di bahagian hadapan dan belakang. Selain sistem penghidup enjin elektrik dan penghidup jenis tendang. Shogun Axelo boleh didapati dalam tiga pilihan warna menawan iaitu merah, hitam dan biru.
Pengarah Urusan Suzuki Assemblers Malaysia Sdn. Bhd., Toru Kobayashi menyatakan rasa terima kasihnya kepada semua pengedar motosikal Suzuki. Atas usaha, penglibatan dan sokongan mereka, jumlah jualan telah meningkat kepada 23 peratus bermula Januari hingga Jun 2011 berbanding tempoh sama tahun sebelumnya.
Kemunculan Shogun Axelo di pasaran bertujuan membolehkan jenama Suzuki dapat terus kekal bersaing dan memperbaiki kedudukannya dalam pasaran motosikal tempatan.
Kobayashi turut mengumumkan harga pengenalan istimewa Shogun Axelo iaitu RM5,208 seunit untuk versi manual dan RM5,388 (automatik). Setiap pelanggan yang mendaftar motosikal Shogun Axelo sebelum 31 Oktober 2011 berpeluang menerima jaket dan topi keledar Suzuki secara percuma.
Seramai 700 pengedar motosikal dan alat ganti hadir di majlis perasmian tersebut. Berbekalkan rekaan dinamik serta ciri-ciri premium, Suzuki yakin bahawa Shogun Axelo akan diterima baik oleh para pengguna.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: