KAYA VITAMIN...rangkaian penjagaan wajah Gold Kiwi daripada Skin Food bantu kurangkan cela dan menjadikan kulit lebih berseri dalam empat minggu.
BUAH KIWI...berkhasiat
SEBUT saja buah kiwi, pasti ramai yang mencebik kerana hanya sebilangan kecil yang gemar menikmati keunikan rasa buah daripada keluarga beri kultivar ini.
Namun, jangan diketepikan buah kecil yang kaya dengan pelbagai kebaikan ini kerana ia mengandungi lebih banyak vitamin C berbanding oren �serta lebih serat daripada epal.
Kiwi juga kaya kalium (potassium) yang penting untuk mengelakkan tekanan darah tinggi selain membantu melicinkan sistem penghadaman bagi mereka yang
mengalami sembelit.
Dalam bidang kecantikan pula, buah kiwi hijau sentiasa menjadi bahan penting dalam rejim penjagaan wajah kerana kepelbagaian vitamin dan mineral yang terkandung di dalamnya, selain berperanan sebagai sumber antioksidan yang elok untuk perkembangan sel kulit baru.
Bagaimanapun, Skin Food cuba meneroka lebih jauh dengan memperkenalkan
rangkaian penjagaan wajah Gold Kiwi yang dihasilkan sepenuhnya daripada buah kiwi emas.
Buah kiwi emas disifatkan lebih berkuasa kerana tahap antioksidan yang tiga kali �ganda lebih tinggi pada kulitnya berbanding isi, justeru menjadikannya lebih efektif bagi memperbaiki struktur lapisan dalaman kulit.
Masyarakat di New Zealand menikmati kiwi emas bersama kulitnya yang tidak dibuang kerana manfaatnya pada tubuh serta rasanya yang lebih manis berbanding kiwi hijau.
“Selain khasiat serta vitamin yang terkandung di dalamnya, kuersetin iaitu polifenol yang ada pada kulit kiwi emas menjadi senjata utama bagi wanita yang mengimpikan wajah bebas cela dan berseri.
“Ditambah dengan� �kekuatan vitamin C, ia �membantu mencerahkan kulit yang rosak kerana terdedah kepada pancaran matahari berterusan,” kata Eksekutif Pemasaran Kanan Skin Food Malaysia, Marsha Lim.
Selain itu, satu bahan yang digunakan dalam rangkaian penjagaan muka Gold Kiwi ini iaitu niasinamida, juga dikenali sebagai vitamin B3 yang disahkan secara klinikal oleh Pentadbiran Makanan dan Ubatan Amerika Syarikat (FDA) sebagai
bahan pencerah kulit semula jadi.
“Niasinamida berupaya �mengurangkan pigmentasi kulit, sekali gus memberikan hasil ton kulit yang lebih sekata dengan menghalang pemindahan melanin daripada melanosit (sel yang mengandung pigmen seperti sel epidermis kulit)ke keratinosit (sel epidermis yang mensintesis keratin).
“Jadi, rangkaian penjagaan wajah Gold Kiwi ini bukan hanya memberikan hasil kulit berseri tetapi pada masa sama, melindunginya daripada kerosakan berterusan yang berpunca daripada pelbagai pencemaran di sekeliling kita,” katanya.
Menerusi tujuh langkah penjagaan menggunakan Gold Kiwi Clearing Toner Pad dan Gold Kiwi Toner (aplikasi penyegar berganda), Gold Kiwi Serum (serum), Gold Kiwi Emulsion (emulsi), Gold Kiwi Cream (pelembap), Gold Kiwi Sun Cream SPF 36PA++ (pelindung matahari) serta Gold Kiwi Hydrating Mask (pupur), wajah akan tampak lebih segar, berseri, cerah dan kurang kusam dalam tempoh empat minggu.
Ia juga sesuai untuk semua jenis kulit terutama mereka yang terbabit dalam aktiviti lasak serta kerap terdedah di bawah pancaran matahari.
Rangkaian Gold Kiwi ini sudah berada di pasaran yang boleh didapati di kaunter Skin Food seluruh negara.
INFO:
Khasiat buah kiwi
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: