Friday, September 9, 2011

Potter dinobat wanita paling gemuk di dunia


PAULINE POTTER duduk di tempat duduk belakang sebuah kereta.


SACRAMENTO, Amerika Syarikat (AS) - Setelah berat badannya mencecah 317.51 kilogram (kg), Pauline Potter dengan rasminya disenaraikan sebagai wanita paling berat di dunia oleh pihak pengurusan Guinness Book of Records, lapor sebuah akhbar semalam.

Namun, wanita berusia 47 tahun itu memberitahu, dia mahu menurunkan berat badan agar dapat menikmati kehidupan hariannya semula.

Potter pernah mendakwa bahawa lelaki menganggapnya sebagai 'dewi seks' dan dia mengadakan hubungan 'seks yang hebat' pada setiap hari.

Namun, dia kini sukar untuk menjalani kehidupan harian kerana tidak dapat mengalihkan badannya ketika berada di atas katil atau memasuki keretanya.

Potter mahu menurunkan berat badannya sehingga 226kg supaya dia dapat pergi menari, melancong dan duduk di kerusi pawagam untuk menonton wayang.

Wanita itu turut menyalahkan cara dia dibesarkan sebagai punca dia menjadi gemuk melampau.

"Ibu bapa saya selalu menyajikan saya dengan makanan. Berat ibu melebihi 181kg manakala berat bapa saya pula lebih 272kg," kata Potter.

"Saya mempunyai lapan adik-beradik dengan semuanya memiliki berat melebihi 181kg kecuali seorang," tambahnya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: