ANGGUN...sut segak bergaya untuk pengantin lelaki manakala pengantin wanita tampil penuh anggun dengan gaun labuh bersama vel hitam.
PADA setiap majlis perkahwinan, penampilan raja sehari sememangnya paling menjadi tumpuan.
Jika pengantin perempuan tampil ibarat permaisuri rupawan, pengantin lelaki
pun harus segak dalam persalinan ibarat pahlawan yang gagah. Saat indah itu sememangnya amat istimewa dan akan menjadi kenangan kepada pasangan pengantin untuk diabadikan selama-lamanya.
Jika dulu, busana pengantin tidak mempunyai banyak pilihan dan terhad kepada fesyen daripada songket saja. Namun kini, aliran terkini fesyen pengantin menyaksikan lebih banyak rekaan baru dan moden ditampilkan.
Bagi pasangan bakal raja sehari yang mahu mencari kelainan di hari bahagia mereka, Euro Moda dan Gulati’s Silk House (Gulati’s) menyediakan pakej perkahwinan yang mampu memenuhi peruntukan kewangan.
Lebih 20 pakej menarik ditawarkan dengan pelbagai pilihan fabrik untuk persiapan baju pengantin lelaki dan perempuan.
Ia disediakan dalam tiga jenis pakej menarik iaitu bajet rendah yang bermula daripada RM250 hingga RM650, bajet sederhana (RM750 hingga RM1,800) dan pakej eksklusif yang berharga daripada RM2,000 hingga RM7,000.
Antara fabrik yang boleh didapati ialah renda Jepun kosong bersama kain alas dalam, baju Melayu satin, renda Perancis Sophie Hallete, sifon manik bersama baju Melayu satin, renda Gucci, kain net Gucci, renda Perancis Solstiss polos serta baju Melayu Cerutti.
Pelanggan juga tidak perlu risau memikirkan untuk mencari kedai jahit bagi menempah busana kerana Euro Moda kerana Gulati’s juga menyediakan perkhidmatan jahitan dengan rekaan terbaru yang pasti memenuhi cita rasa.
Turut didapati aksesori pelengkap gaya pengantin lelaki seperti tali leher, baju rompi, kasut, kemeja, kafling serta pin tali leher.
Untuk persiapan kenduri pula, jika keluarga pengantin mahu bergaya mengikut tema, Euro Moda dan Gulati’s juga menyediakan aneka pilihan mengikut peruntukan kewangan dan cita rasa kedua-dua pihak.
Diskaun juga diberikan kepada pelanggan yang memiliki kad keahlian G-kard. Kad keahlian istimewa itu boleh didapati percuma di semua rangkaian Euro Moda dan Gulati’s di seluruh negara.
Sempena promosi yang berlangsung sehingga akhir tahun itu, Euro Moda dan Gulati’s turut mengadakan cabutan bertuah beli dan menang.
Pelbagai hadiah menarik ditawarkan antaranya kereta, motosikal, televisyen LCD, sutera Itali dan tudung koleksi Aalia. Ada 18 cawangan Euro Moda dan Gulati’s di seluruh negara yang boleh dikunjungi untuk memenuhi impian perkahwinan masing-masing.
INFO FABRIK EURO MODA:
Tekstur lembut dengan taburan manik, sekuin, bebatu swarovski dan benang timbul menambah seri pengantin di pelamin. Pilihan fabrik polos datang dengan warna senada atau dwi warna dan diserikan sulaman senada atau kontras untuk mencipta kesan elegan.
Tip penjagaan pakaian daripada fabrik renda:
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: