Sunday, September 25, 2011

Petua awet muda S Rohani

Walaupun sudah menjangkau usia 62 tahun, penyanyi era 70an, S Rohani yang popular dengan lagu duet Aku Tak Mahu Di Madu bersama S Ahmad masih kelihatan cantik dan menawan.

Ditanya mengenai petua awet mudanya, S Rohani yang mesra dipanggil 'Auntie' hanya menguntumkan senyuman.

Tidak cukup dengan itu, Zass terus bertanya untuk mengetahui rahsia pelantun lagu Pegang-Pegang Tali ini.

“Jangan dengki-dengki dengan orang. Itulah petua yang paling mujarab dalam kehidupan kita. Kalau kita mempunyai perasaan itu dalam diri, ia boleh memberi kesan kepada tahap kesihatan tanpa kita sedari.

Apabila kita menerapkan sifat hasad dengki dengan orang katanya, secara tidak langsung kita akan memikirkan masalah yang harus diselesaikan untuk memuaskan hati kita.

"Selagi kita tidak puas hati, ia akan mengganggu minda kita. Kalau kita terlalu memikirkan masalah, jiwa kita tidak tenteram dan boleh memberi kesan kepada tahap kesihatan kita.

"Selain itu, Auntie juga mementingkan pengambilan makanan dan mendapatkan rehat yang cukup,” katanya yang pernah muncul dalam drama Kepulangan, arahan Datuk Rosnani Jamil.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: