Thursday, September 8, 2011

Perjalanan si manja lebih selesa


Dynas Mokhtar bersama permata hati kesayangannya, Khyra Khalisa Hafizy.


PERJALANAN pulang ke kampung menyambut hari lebaran baru-baru ini memang menyeronokkan ditambah pula dapat berkumpul seluruh keluarga.

Namun bagi yang mempunyai si kecil perjalanan yang jauh mungkin sedikit tercabar dengan ragam si kecil yang tidak selesa .

Dalam suasana yang penuh kemeriahan dan kesibukan ini, cabaran paling besar buat para ibu yang baru ialah menenangkan tangisan si manja mereka yang meragam dan tidak cukup tidur serta keadaan tidak selesa dengan lampin yang penuh

Membiarkan si kecil dengan lampin dalam tempoh terlalu lama juga boleh membuatkan ketidakselesaan pada si kecil.

Namun inilah yang sering dihadapi oleh ibu-ibu baru semasa musim perayaan.

Bagi pelakon Dynas Mokhtar, pengalaman bersama si kecil kesayangannya, Khyra Khalisa Hafizy, setahun lima bulan, merentas perjalanan yang jauh bukan masalah yang besar sebaliknya memberikan pengalaman berharga untuk si ibu moden ini.

“Biasanya sehari sebelum perjalanan, Dynas akan mengemas barang-barang keperluan Khyra,’’ ujar pemilik nama sebenar, Wan Intan Edrinas Wan Mokhtar, ketika ditemui bersama Khyra baru-baru ini.

Ibu moden ini memberitahu, pengembaraan yang jauh bersama buah hatinya itu tidak menjadi masalah apabila ‘teman sejati’, Drypers Pet Pet sentiasa menemaninya.

“Kelebihan yang ada pada Pet Pet sukar ditandingi dengan lampin yang lain dan sekali gus memudahkan perjalanan kami sekeluarga,

“Lagipun dengan menggunakan lampin ia memberikan keyakinan yang berterusan kepada Khyra selain menjimatkan perbelanjaan,” ujar ibu anggun berdarah campuran Arab dan Cina itu.

Katanya lagi, lapisan lampin yang nipis memberikan keselesaan kepada si manja.

Malah, cara pemakaian yang mudah juga membuatkan dia tidak sukar ‘memujuk’ si kecil untuk menukar dan menggantikannya.

Dengan ciri-ciri dipertingkatkan, ia berupaya memastikan kulit bayi lebih sihat dan selesa biarpun dalam perjalanan yang jauh dan lama.

Apa yang penting, biarpun pemakaian yang lama, lampin tidak bocor kerana mempunyai lapisan yang yang boleh menyerapkan air kencing.

Menurut Dynas lagi, pad serta lapisan tambahan pada lampin tersebut dapat menyerap segala kelembapan sehingga 12 jam.

“Ia sekali gus memudahkan urusan penjagaan si kecil selain lebih menjimatkan serta ia bebas daripada bahan sensitif sekali gus mengurangkan kesan ruam bayi,” ujarnya.

Sementara itu menurut Pengarah Perdagangan Disposable Soft Good (DSG), Foo Yoke Mun, antara ciri-ciri mesra kulit lampin Pet Pet ini termasuklah losyen di seluruh lampin berbanding lapisan atas sebelumnya.

‘‘Losen ini bertindak sebagai pelindung kulit bayi dan sekali gus membantu mengurangkan ruam lampin,” katanya.

Selain itu, lampin itu mempunyai pita pelekat yang 40 peratus lebih lembut berbanding sebelumnya.

Dengan pita lembut ini jelasnya, kulit bayi yang sensitif khususnya di bahagian perut tidak akan tercalar atau terkena kesan merah.

Selain itu, keistimewaan lain pula ialah potongan kaki tinggi dengan jalur pinggang boleh bernafas dan mudah regang.

‘‘Oleh kerana bahagian bawah belakang kaki boleh berpeluh, potongan begini membenarkan pengaliran udara yang menyejatkan peluh dan menyejukkan kulit bayi,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: