Saturday, September 24, 2011

Pembaca dorong UKSB terbit Kisah Dari Mekah


PENGERUSI Eksekutif Kumpulan Utusan Melayu (M) Berhad, Tan Sri Mohamed Hashim Ahmad Makaruddin (kanan) meneliti buku Kisah Aneh dan Iktibar Dari Mekah semasa perasmiannya di Bangi kelmarin.


BANGI – Sambutan menggalakkan daripada pembaca terhadap dua koleksi Kisah Dari Mekah sebelum ini mendorong Utusan Karya Sdn. Bhd. (UKSB) menerbitkan edisi ketiga siri itu baru-baru ini.

Kali ini, buku bertajuk Pilihan Terbaik Kisah Aneh & Iktibar Dari Mekah dan berada di pasaran sejak 19 September lalu.

Pengarang Kanan, Unit Majalah Umum UKSB, Zulkarnain Zakaria berkata, maklum balas positif yang diterima amat menggalakkan sehingga mencatatkan jualan sehingga 50,000 naskhah dalam tempoh yang singkat.

“Kita menerbitkan edisi ketiga ini kerana kisah-kisah yang disiarkan dalam buku seperti itu memberi kesan positif kepada pembaca,” ujarnya selepas majlis pelancaran buku berkenaan di sini kelmarin.

Menurut Zulkarnain, selain memaparkan kisah-kisah aneh, ia juga turut menyertakan fakta-fakta ringkas tentang Tanah Suci serta ibadah haji dan umrah.

“Memandangkan buku edisi pertama dan kedua iaitu Koleksi Cerita-Cerita Terbaik Dari Mekah pada tahun 2009 dan Indahnya Hidayah di Bumi Baitullah pada tahun 2010 sudah habis di pasaran, kami akan menerbitkan dalam bentuk e-Book.

“Ia akan dibuat dalam dua versi iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dan boleh dilayari pada Oktober ini,” jelasnya.

Tambahnya, ramai pakar dalam bidang urusan haji dan umrah antaranya ulama terkenal, Datuk Mohd. Daud Che Ngah, Datuk Dr. Harun Din dan Datuk Dr. Fatma El-Zahraa Mohd. Ramadan terlibat dalam projek itu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: