|
Pembikinan filem Zaiton-Ceritaku yang mengisahkan perjalanan hidup penyanyi lagu Menaruh Harapan, Zaiton Sameon pernah hangat dengan kisah kontroversi. Akhirnya filem edisi awal itu terpaksa dibatalkan atas sebab-sebeb tertentu. Namun usaha pihak Bruang Filem Sdn. Bhd. tidak mati sebaliknya mereka masih mahu meneruskannya dengan melantik pengarah baru. Kali ini pelakon Esma Daniel pula dinaikkan pangkat selaku pengarahnya. ![]() Penggambaran filem Zaiton juga sarat kontroversi. "Saya sudah melihat gambar-gambar Nurul semasa sesi ujibakat yang lalu dan saya nampak dia ada karakter untuk menjadi Zaiton Sameon. Saya nampak dia sangat sesuai untuk watak ini. "Saya tak mahu campur dengan masalah yang mereka hadapi sebelum ini kerana saya tak ada kena-mengena semasa produksi awal itu. ![]() Esma Daniel "Selain Nurul sebagai pelakon utama, barisan pelakon lain juga kesemuanya barisan baru termasuk Harun Salim Bachik. Tapi sehingga hari ini saya belum lagi boleh mendedahkan kesemua nama mereka. "Sebenarnya saya sendiri belum dapat bersemuka dengan Nurul untuk berbincang pasal filem ini. Pihak produksi memaklumkan mereka belum dapat berhubung dengan dia. Kami memang berminat dengan dia dan sedang berusaha berbincang dengan Nurul. Saya harap dia akan bersedia. Setakat ini hanya nama dia sahaja dalam senarai kami. "Saya difahamkan Nurul sekarang berada di luar negara. Saya harap selepas ini dapat berbincang dengannya. Sekarang ini kami dalam peringkat pre produksi dan akan memulakan penggambaran pertengahan atau hujung Oktober ini," kata Esma kepada Mangga Online. Berdebar dapat kepercayaan ![]() Masih minat berlakon walaupun setelah berjawatan pengarah. "Ia melibatkan tanggungjawab yang besar untuk saya memikulnya, apatah lagi filem ini telah lama tertunda dan ada sejarahnya. Ramai yang menunggu filem ini dan ia pula buah tangan pertama saya. Pastinya saya mahu memberikanan yang terbaik. "Sebelum ini saya pernah terlibat dalam aspek pengarahan dengan pembabitan di belakang tabir. Saya menyahut cabaran penerbit yang menawarkan saya menjadi pengarah. Saya fikir lam juga... dan saya bersedia kerana nampak kesesuaian filem ini dengan jiwa saya. "Saya memang sukakan filem muzikal dan biografi. Antara filem rujukan saya untuk memulakan kerja sebagai pengarah Zaiton-Ceritaku ialah filem Hindi Black lakonan Amitabh Bachchan. "Saya juga merujuk filem Selena lakonan Jennifer Lopez dan Black Swan arahan Darren Aronofsky. Filem-filem itu bukan filem biografi tapi ada aspek yang boleh digunakan untuk mencantikkan filem ini," kata Esma lagi. Dia juga cuba menjadikan filem ini sebagai sebuah filem yang boleh mengangkat nama Zaiton yang pernah mewarnai dunia hiburan dengan kehadirannya. "Saya bukan menghasilkan filem intuk mengkritik atau menjatuhkan namanya. Saya harap usaha saya akan terlaksana," kata Esma yang kini berstatus Pengarah Eksekutif di Bruang Filem. |
Saturday, September 24, 2011
Nurul jadi Zaiton Sameon
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: