![]() |
| |
BULAN Ramadan yang sudah berlalu sangat bermakna bagi Nia Paramitha kerana bekas suami kembali rujuk bersamanya.
“Ya saya akui saya sudah rujuk dengan bekas suami, Gusti. Kami rujuk sebagai suami isteri kerana memikirkan tentang keluarga.
“Paling penting anak-anak cukup bahagia dan gembira dengan keputusan kami, mereka juga seronok apabila ayah mereka kembali duduk serumah dengan mereka,” jelasnya.
Walaupun tidak mahu bercerita lebih lanjut tentang keputusan tersebut, namun paling penting Nia menjelaskan perkara ini adalah rahmat dari Tuhan.
“Alhamdulillah, kami sekeluarga kembali bersatu, kini saya tidak keseorangan lagi, saya amat bersyukur dengn ketentuan ini,” tambahnya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: