
Namun buah tangan pertamanya, filem Nasi Lemak 2.0 boleh diletakkan sebagai filem dengan wajah 1 Malaysia.
Mesej disampaikan juga mudah difahami, iaitu sebagai rakyat Malaysia kita tidak sepatutnya mempunyai hasad dengki dengan bangsa dan agama lain serta perlu sentiasa bersatu padu.
Namewee bijak mengolah jalan cerita dengan memaparkan kehidupan Melayu, Cina dan India serta bangsa lain yang turut bekerja di Malaysia.
Komedi dipaparkan tidak terlalu keterlaluan namun ada kalanya mencuit gelak tawa penonton.
Tidak perlu dibarisi pelakon ternama dan sekadar beberapa pelakon handalan seperti Adibah Noor, Karen Kong, Afdlin Shauki, dan Datuk David Arumugam.
Meskipun ada beberapa babak boleh dianggap meleret hingga menimbulkan sedikit rasa bosan, namun ia boleh dimaafkan kerana ia percaturan pertama Namewee dalam bidang pengarahan.
Penggunaan teknik imej janaan komputer (CGI) sekadar menambah rencah dan filem ini sesuai ditonton oleh semua lapisan masyarakat.
Nasi Lemak 2.0 mengisahkan Chef Huang (Namewee) menghadapi kesukaran meneruskan perniagaan makanan kerana dia gagal menyediakan masakan tempatan yang diinginkan oleh pelanggannya.
Namun bertentangan dengan masakannya yang kurang popular, dia dikenali sebagai ‘Hero Huang’ dikawasan kejiranannya. Chef Huang akan membantu komunitinya sehingga dia bertemu dengan Xiao K (Karen Kong) yang membuatkan dia terjebak dengan masalah.
Bagi membolehkan dia meneruskan kehidupan ini serta perniagaan restorannya, Chef Huang perlu mendapatkan bantuan daripada penjaja gerai wanita penuh misteri (Adibah Noor) yang mengarahkan beliau memulakan pengembaraan hebat dalam kehidupannya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: