
Ketika kejadian, dipercayai Marsha dihantar seorang wanita tidak dikenali selepas ditemui pengsan di kawasan kediamannya dan seterusnya ditempatkan ke wad trauma dan kecemasan.
Namun petang semalam, Marsha dipindahkan ke wad biasa, selepas mulai sedar.
Menurut jururawat bertugas, sehingga kini Marsha enggan bertemu sesiapa kecuali ibu dan bapanya yang dibenarkan untuk melawat.
Bagaimanapun usaha mendapatkan penjelasan sebenar dari keluarga dan pengurus Marsha yang turut berada di PPUM semalam, tidak berjaya, apabila mereka enggan memberi sebarang kenyataan berkaitan kejadian tersebut.
Difahamkan Marsha sendiri akan membuat sidang media bagi menjelaskan situasi sebenar selepas beliau pulih kelak.
Terdahulu, sebuah akhbar kelmarin, melaporkan penyanyi berasal dari Tamparuli, Sabah itu dimasukkan ke PPUM setelah ditemui tidak sedarkan diri.
Berdasarkan pemeriksaan awal dilakukan, Marsha dipercayai pengsan kerana pengambilan pil berlebihan.
Bagaimanapun, sumber itu berkata, doktor masih gagal mengesahkan jenis pil yang diambil olehnya.
Kejadian itu turut mengejutkan ramai kenalan artis kerana penyanyi itu terkenal dengan imej periang dan peramah.
Marsha juga tidak pernah menunjukkan dia mempunyai sebarang masalah, namun dikatakan mempunyai sedikit masalah kesihatan.
Sebelum ini, Marsha pernah mengundang beberapa kontroversi antaranya mengaku sudah berkahwin, namun akhirnya beliau mengaku ia sekadar gimik untuk muzik video terbaru.
Tidak lama selepas itu, Marsha sekali lagi mengejutkan peminat industri tempatan dengan aksi berani dan gairah di sebuah majalah.
Walau bagaimanapun, Marsha tidak melarikan diri, sebaliknya mengakui kesilapannya itu dan sudah memohon maaf.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: