Sunday, September 25, 2011

Luaskan industri kreatif Malaysia-Indonesia


RAIS (kiri) bersama Tifatul pada majlis Pertemuan Wartawan dan Budayawan Malaysia-Indonesia 2011 di Bukit Tinggi, Indonesia semalam.


BUKIT TINGGI, Sumatera Barat - Malaysia dan Indonesia disaran memperluaskan hubungan kerjasama dalam industri kreatif sebagai satu cara merapatkan hubungan dua bangsa serumpun.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, seni dan budaya boleh menjadi bidang yang amat baik untuk penyatuan bangsa dan masyarakat di kedua-dua negara melalui pendekatan diplomasi lembut.

Menurut beliau, usaha itu boleh digerakkan oleh penulis, seniman, budayawan, ahli sejarah dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

"Meskipun kerajaan melalui pemimpin kedua-dua buah negara sentiasa berusaha memperbaiki hubungan Malaysia-Indonesia, tetapi ia bukan satu tugas yang mudah.

"Kerana itu golongan penulis, seniman, budayawan dan NGO harus bersama-sama dalam menyuntik semangat serumpun ini seperti yang dilakukan Amerika Syarikat dan United Kingdom melalui industri kreatif mereka," katanya.

Beliau berkata demikian dalam majlis Pertemuan Wartawan dan Budayawan Malaysia-Indonesia 2011 yang diadakan di Hotel The Hills, Bukit Tinggi di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: