![]() |
| Lily Collins |
LOS ANGELES 7 Sept - Aktres Lily Collins suka menyimpan koleksi barangan terpakai.
Pelakon berusia 22 tahun itu yang merupakan anak perempuan kepada bintang rock, Phil Collins menyatakan bahawa dia suka membeli barangan yang murah di kedai barangan terpakai.
"Saya membeli barang antik di pasar lambak bersama ibu saya, ia adalah salah satu kegemaran saya,
"Saya seorang pembeli barangan berkualiti dan murah sepanjang jalan. Saya suka pergi ke kedai-kedai vintaj dan mencari barangan vintaj." katanya.
Sementara itu, Collins baru-baru ini mengakui dia terkejut apabila pengarah filem Snow White menawarkan watak utama kepadanya.
"Pada 1 April lalu (April Fool), saya mendapat tahu yang saya ditawarkan memegang watak dalam filem tersebut.
"Apabila saya bercakap dengan mereka pada mulanya saya fikir mereka bergurau tetapi setelah mereka berkata ia adalah benar, saya berasa sangat gembira kerana ia merupakan peluang keemasan yang saya nantikan dalam hidup," katanya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: