Saturday, September 24, 2011

Konsep dapur terbuka


CHEF Bazeli Kasa menunjukkan antara menu istimewa di Restoran Seribu Gantang.


BERKONSEPKAN dapur terbuka, The Regency muncul sebagai satu-satunya hotel di bandar raya Alor Setar, Kedah yang menyajikan juadah dengan menggunakan konsep tersebut di ruang makannya, Restoran Seribu Gantang.

Menerusi konsep itu, para tetamu atau pengunjung yang menikmati aneka sajian di situ dapat melihat sendiri para petugas dapur dan chef di hotel tersebut menyediakan hidangan untuk mereka.

"Cara tersebut bukan sahaja lebih menarik, bahkan membuatkan pengunjung berasa lebih yakin dengan kualiti penyediaan makanan di hotel ini," kata Pengurus Wilayah The Regency, Ibrahim Ishak.

Beliau berkata, sejak dibuka pada 2008, konsep dapur terbuka tersebut menerima pujian dan sambutan menggalakkan daripada pengunjung yang menjamu selera di situ.

"Sebelum pihak pengurusan The Regency mengambil alih hotel ini, bahagian dapur restoran terletak di tingkat bawah dan ia tertutup.

"Apabila hotel ini diambil alih, kami mahu mewujudkan satu konsep baru yang segar untuk para pengunjung.

"Timbul idea untuk melaksanakan konsep dapur terbuka dan kami gembira kerana sejak konsep ini dilaksanakan, keyakinan pengunjung terhadap kebersihan makanan yang disediakan di sini semakin tinggi," katanya kepada S2.

Menurutnya, harga bufet untuk makan tengah hari dan malam di hotel itu adalah RM30++ dan menu makanan kampung disediakan pada waktu tengah hari, manakala makanan cita rasa Mediterranean pula ditawarkan kepada pengunjung pada waktu malam.

"Menu makanan ditukar setiap hari. Selain masakan kampung dan Mediterranean, kami juga menawarkan stimbot dan lain-lain hidangan yang lazat kepada pengunjung," katanya.

Dalam pada itu, Ibrahim menambah, harga bilik yang ditawarkan bermula pada RM197.20 untuk bilik superior hingga RM880++ ke atas bagi bilik deluxe suite.

"Setiap kali musim perayaan dan cuti sekolah, kesemua bilik di sini habis ditempah. Jadi, pengunjung perlu membuat tempahan awal jika ingin menginap di sini," jelasnya.

Bagi mereka yang ingin merasai pengalaman menjamu selera di dapur terbuka dan menginap di The Regency, anda boleh menghubungi talian 04-7335917.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: