Monday, September 5, 2011

Kisah Raya 4 Artis Hangat 2011

Kemeriahan Aidilfitri semakin terasa buat empat orang artis popular yang semakin meningkat naik sekarang ini. Shahz jazle, Neelofa, Ana Raffali, dan Kilafairy adalah lima nama yang menjadi perhatian sepanjang tahun 2011 ini, jadi tidak hairanlah jika mereka bakal menjadi tumpuan semua peminat untuk beraya bersama nanti.

Biarpun masing-masing mempunyai plan tersendiri untuk beraya bersama keluarga nanti, namun ternyata antara mereka sudah merancang sesuatu yang istimewa buat peminat mereka.

Bercerita tentang raya, keempat-empat mereka mempunyai pengalaman raya yang tidak dapat dilupakan. Jom kita baca bagaimana artis terhangat ini beraya.

Shahz Beraya di Kuala Lumpur sahaja

Shahz teringin beraya dikampung

Menurut pelakon lelaki tampan ini, sambutan lebarannya tidak seperti orang lain kerana sepanjang 22 tahun meraikannya, dia tidak pernah merasai kemeriahan pulang ke kampung.

“Seperti tahun-tahun sudah, saya kebiasaannya akan beraya di kampung baru, Kuala Lumpur sahaja.

“Saya tak pernah beraya dalam suasana kampung, memandang ayah saya berasal dari Kampung Baru, Kuala Lumpur dan ibu saya orang Kepong, maka setiap kali raya, kami akan beraya di sekitar Kuala Lumpur sahaja.

“Saya tak kata beraya di Kuala Lumpur tak seronok, kemeriahannya sama sahaja malah saya seronok dapat beraya sambil lihat KLCC, tapi saya teringin juga nak rasa keseronokan sewaktu pulang ke kampung,” keluh Shah Jazle yang mengharap akan dapat merasai nikmat beraya di kampung saru hari nanti.

Kilafairiy buat kek istimewa

Kilafairy

Tidak seperti Shahz Jazle, pelakon filem Karak, Kilafairy pula mengakui teringin untuk beraya di Kuala Lumpur, namun terpaksa akur mengikut keluarganya pulang ke kampung setiap tahun.

"Sudah menjadi satu kemestian buat kami sekeluarga pulang ke kampung keluarga yang berada di Johor dan Terengganu. Walaupun kedua-dua datuk dan nenek sudah tiada, namun keluarga saya tetap akan pulang beraya disana bersama-sama saudara-saudara yang lain.

"Dihari raya, Killa suka makan nasi minyak dan rendang daging, tetapi bila pulang ke kampung kebiasaanya saya akan membuatkan kek istimewa buat keluarga disana,"jelasnya.

Neelofa balik Pasir Mas

Neelofa beraya sebagai artis buat kali pertama

Menyambut raya kali ini sebagai seorang artis yang popular, sudah tentu banyak persiapan telah dilakukan buat pelakon cantik bernama Neelofa ini. Bakal pulang ke kampungnya di Pasir Mas, Kelantan, menurut Neelofa dia mempunyai satu keluarga yang besar di sana.

"Saya jarang pulang ke kampung, jadi kebiasaanya saya akan pulang pada hari raya sahaja. Tak dinafikan beraya disana sangat meriah kerana saya mempunyai keluarga yang besar. Adakalanya, bila berkumpul hampir 60 orang ada dalam satu masa, jadi bila disana, setiap masa kami akan memasak.

"Tapi, saya tidak pulang lama disana, kerana selepas raya saya akan mula dengan penggambaran filem baru, jadi mahu bersedia awal,"jelas Neelofa yang sebelum ini telah membintangi drama bersiri Tahajjud Cinta.

Ana Raffali buat kuih raya sendiri

Ana Rajin buat kuih raya

Biarpun sibuk dengan jadual yang padat, namun bagi pemilik lagu, Tolong Ingatkan Aku ini, dia tetap meluangkan masa untuk membuat kuih raya sendiri.

"Saya sudah membeli barang-barang untuk membuat kuih raya, namun masih belum sempat lagi memulakan acara membuat kuih ini. Saya suka buat kuih terutama kuih semprit, jadi kebiasaannya jika ada kesempatan saya akan membuat kuih untuk dijamu pada kawan-kawan yang datang ke rumah.

"Saya beraya di Lembah Keramat sahaja, pada saya beraya dimana pun kemeriahannya tetap sama asalkan kita berada bersama keluarga kita,"jelas Ana Raffali.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: