
Membawakan watak Sabrina, seorang anak orang kaya, kerinduan pasti terubat apabila Baizura berjaya dengan wataknya ini.
Dibarisi pelakon seperti Syed Nasir, Fazilah Nani, Syafiq Mustapha dan Ezlinda Ismail, drama ini mengangkat kisah percintaan dua insan yang sejati. Meskipun masa berlalu dan masing-masing sudah berteman namun kerana cinta dan jodoh, tiada siapa mampu menghalang.
Mengisahkan seorang jurugambar bernama Syafiq yang menyukai Sabrina apabila terpandang wajahnya saat pertama kali berkunjung ke sebuah restoran. Syafiq ingin menegurnya tetapi malu dan dapat merasakan ada sesuatu yang istimewa pada Sabrina.
Sabrina sudah ada teman lelaki, walaupun sikap Syafiq selalu mencuit hatinya. Sabrina menyayangi teman lelakinya Rizal, yang dikenali tiga tahun lalu. Namun, Rizal hanya mendampingi Sabrina kerana Sabrina anak orang kaya.
Suatu hari, seperti biasa Syafiq ke restoran pada waktu kebiasaannya tetapi Sabrina tiada. Tiga hari berturut-turut, Syafiq menanti kedatangan Sabrina tetapi dia tidak muncu.
Sabrina dilanda kesedihan setelah mendapat tahu perihal Rizal. Syafiq memberanikan diri mendekati Sabrina dan meminta nombor telefon. Namun Sabrina bersumpah untuk tidak mendampingi lelaki tetapi menulis nombornya di atas wang RM10. Sabrina memberitahu wang itu akan digunakan untuk membayar makanannya dan sekiranya suatu hari nanti wang tersebut sampai ke tangan Syafiq, mereka memang ditakdirkan untuk bersama.
Syafiq terkejut tapi bersetuju dengan permainan Sabrina. Apakah akan berlaku seterusnya pada hubungan itu. Adakah mereka akan bertemu semula atau Rizal berubah dan mula mencuri hati Sabrina. Jangan lupa saksikan kesudahannya drama penuh romantis ini pada 26 September ini, pada jam 1.30 petang.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: