Monday, September 5, 2011

Kelantan Delights tonjol kelainan menu



Pengarah urusannya, Juhaidi Yean Abdullah berkata, resipi belalang diperkenalkan pada tahun ini kerana ia adalah makanan tradisi Melayu yang asli.

“Pada suatu ketika dahulu, selepas musim menuai padi, jumlah belalang padi terlalu banyak. Jadi, untuk menangani masalah ini, petani akan mengambil sehelai kain dan menangkap belalang tersebut dan digoreng untuk dijadikan santapan seisi keluarga.

“Makanan itu kekal sehingga ke hari ini. Bagaimanapun, warisan ini semakin ditelan arus zaman. Bagi mengembalikan semula nostalgia terhadap menu warisan ini, saya mengambil keputu-san mengetengahkan semula makanan eksotik ini, sekali gus memperkenalkannya kepada generasi muda,” katanya.

Menurut Juhaidi, belalang ada khasiat tersendiri iaitu ia dikatakan baik untuk kulit, selain dapat membantu perjalanan darah dengan lebih lancar.

Bagi hidangan belalang ini, Kelantan Delights menyediakan lebih 10 jenis masakan, antaranya belalang goreng cili kering; belalang masak halia; belalang goreng tepung; dan belalang masak paprik.



Kewujudan Kelantan

Mengulas mengenai sejarah Kelantan Delights, Juhaidi berkata, sejak 1997, Kelantan Delight berperanan membawa menu Kelantan seperti nasi kerabu ke Kuala Lumpur.

Tujuannya hanya satu, untuk berkongsi pengalaman dan makanan dari Negeri Cik Siti Wan Kembang itu dengan masyarakat yang tinggal di ibu kota ini. Ternyata ia berjaya kerana semakin ramai yang mengenali makanan tersebut, sekali gus menggemarinya.

Selain itu, terdapat pelbagai lagi variasi makanan di Kelantan Delights seperti, ikan bakar, laksam, nasi dagang dan pelbagai kuih muih tradisional yang semuanya berasal dari Kelantan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: