Thursday, September 8, 2011

Jenama laris di Malaysia

Mi Sedaap adalah jenama Mi Segera yang diperkenalkan di Malaysia pada 2005 oleh Gentle Supreme Sdn Bhd (Gentle Supreme). “Mi Goreng Asli” Mi Sedaap telah memperbaharui cara rakyat Malaysia menikmati Mi Segera. Walaupun konsep mi goreng segera bukan sesuatu yang baru di kalangan pengguna tempatan, Mi Sedaap telah mengangkat kategori ini ke satu tahap baru, menjadikannya kegemaran rakyat Malaysia.

Mi Sedaap bermula dengan hanya tiga perisa iaitu Mi Sedaap Goreng Asli; Mi Sedaap Soto; dan Mi Sedaap Ayam Bawang.

Penerimaan baik untuk tiga perisa ini mendorong pengenalan dua perisa baru iaitu Mi Sedaap Sambal Goreng dan Mi Sedaap Ayam Istimewa

‘Soal Kata Lidah Boleh Bohong, Soal Rasa Lidah memang Tak Boleh Bohong’ adalah slogan Mi Sedaap.

Ayat menarik ini bermaksud jenama ini bukan sahaja membawakan mi yang lazat kepada pengguna, malah pengguna turut merasa keseronokan keseluruhan dalam setiap hidangan. Dengan kata lain, biarlah lidah menjadi hakimnya.

Satu lagi identiti Mi Sedaap adalah rasa garing “Kriuk-kruik” bawang goreng segarnya. Ini merupakan pelengkap kepada mi kenyal yang sememangnya digemari pengguna.

Penerimaan pengguna di serata negara telah membuktikan kejayaan Mi Sedaap. Selama enam tahun, Mi Sedaap menerima banyak pengiktirafan kecemerlangan prestasi antaranya anugerah Super Brand iaitu pengiktirafan Mi Sedaap sebagai mi goreng segera paling terkenal untuk dua tahun berturut-turut.

Selain itu, mengikut kajian Index Runcit Neilsen, Mi Sedaap adalah ‘Mi Goreng No.1’ paling laris di Semenanjung Malaysia dan di Malaysia Timur (32 bandar) dalam tempoh 12 bulan berakhir 31 Disember 2010. Pada peringkat permulaan, Gentle Supreme telah melaksanakan pelbagai inisiatif untuk memastikan Mi Sedaap menembusi pasaran luas di Malaysia.

Maklumat lanjut juga boleh didapati dengan melayari www.facebook.misedaapmalaysia atau emel kepada marketing @gsupreme.com.my.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: