Sunday, September 25, 2011

Hilary Duff hamil


Hilary Duff


PELAKON terkenal Hollywood, Hilary Duff mengumumkan dalam laman webnya baru-baru ini tentang dirinya yang sudah disahkan hamil.

Duff yang baru saja mendirikan rumah tangga bersama Mike Comrie juga sempat meraikan ulang tahun perkahwinan di Malibu, baru-baru ini.

Walaupun sebelum ini Duff pernah menyatakan dia terlalu muda untuk menjadi seorang ibu tetapi berita ini benar-benar membuatkan dirinya begitu gembira.

“Keadaan saya dan kandungan ketika ini dalam keadaan yang baik, walaupun saya agak penat.

“Kami mahu berkongsi berita gembira bahawa bayi saya sudah berusia tiga bulan.

“Tentunya kami sangat gembira dan terima kasih di atas sokongan peminat sekalian,” ujarnya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: