Tuesday, September 6, 2011

Gadis hilang sejak Ramadan


Nurul Izzati


KOTA BHARU - Di sebalik kemeriahan umat Islam menyambut Aidilfitri, sepasang suami isteri di Kampung Siti Manis, Kedai Buluh di sini berduka apabila anak gadis mereka yang berusia 19 tahun masih belum pulang setelah keluar rumah tanpa pengetahuan mereka sebelum waktu sahur pada 12 Ogos lalu.

Semalam, penantian Che Mohamad Ibrahim, 48, dan isterinya, Hasmah Mamat, 45, telah masuk hari ke-24 dan saban waktu menunggu deringan telefon yang membawa khabar berita anak mereka, Nurul Izzati setelah perbualan terakhir mereka terputus pada pagi 13 Ogos lalu.

Che Mohamed ketika ditemui di rumahnya berkata, pada pukul 6 pagi 13 Ogos lalu, Nurul Izzati, anak kedua daripada lima beradik itu ada menelefonnya memberitahu bahawa dia mahu pulang dan sudah berada di sebuah stesen bas di Johor Bahru.

"Dia sempat beritahu yang dia sudah hendak balik dan pada waktu itu berada di stesen bas di Johor Bahru.

"Kemudian apabila saya tanya lanjut, panggilan terputus dan sehingga kini tidak dapat dihubungi," katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: