
Ketika dihubungi, Elyana berkata, cahaya matanya dilahirkan dengan berat 2.88 kilogram itu diberi nama Cinta Sumayyah.
Katanya, bayinya itu dilahirkan secara normal di Hospital Umra, Shah Alam tanpa sebarang komplikasi.
“Alhamdulillah suami, Khairul Anuar dan keluarga sangat gembira dengan kelahiran Cinta dan inilah rezeki pada dua bulan yang mulia ini (Ramadan dan Syawal).
“Saya dan suami tidak menjangka akan mendapat bayi perempuan kerana memang enggan mengetahui jantina lebih awal semasa membuat pemeriksaan kesihatan ibu dan bayi.
“Paling penting, bayi saya dilahirkan dalam keadaan sihat walaupun dua minggu sebelum itu saya mengalami keracunan makanan selama satu minggu,” kata Elyana.
Akibat mengalami keracunan makanan, berat bayinya dikatakan turun 200 gram.
Ketika ditanya bagaimana mendapat ilham untuk menamakan puterinya dengan barisan nama yang indah itu, Elyana berkata, ia adalah hasil daripada minatnya.
Penyanyi berusia 24 tahun ini berkata, sejak dahulu dia mengumpul nama indah dan impian untuk menamakan anak dengan nama ‘Cinta’ akhirnya tercapai.
Malah, sempat juga Elyana berkongsi pengalaman dia dan suami membuat persiapan menyambut kelahiran puteri mereka itu.
“Saya dan suami sama-sama meluangkan masa pergi membeli belah kelengkapan bayi sekiranya ada masa terluang. Suami juga antara yang paling seronok membuat persiapan," katanya.
Putih mata tengok biskut raya
Ketika bercerita berkenaan proses berpantang, Elyana berkata, dia menjalani tempoh 44 hari itu dengan dijaga ibunya di kediamannya di Shah Alam.
Menurut Elyana, ibunya sangat menitikberatkan hal penjagaan pantang dan tempoh itu dilalui mengikut cara tradisional.
“Aidilfitri tahun ini saya sedih sebab tidak dapat makan biskut raya," katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: