Wednesday, September 7, 2011

Celcom tawar Celcom Biz pada profesional media



Celcom Axiata Bhd memperkenalkan Celcom Biz untuk pelan Media, yang disasarkan secara eksklusif pada profesional media dalam negara.

Dalam satu kenyataan, penyedia perkhidmatan telekomunikasi itu berkata, pelan berkenaan akan memudahkan keperluan media seperti 24 jam akses kepada penyambungan Internet dan maklumat yang membolehkan mereka mendapat berita untuk disiarkan di laman web pelan boleh didapati kini.

“Dengan pakej smartphone, Blackberry dan jalur lebar Celcom yang banyak, ia akan menjadi perkakasan tepat bagi petugas media untuk bekerja dari mana sahaja mereka berada melalui rangkaian data Celcom yang luas,” kata Ketua Pegawai Pemasaran, Zalman Aefendy Zainal Abidin.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: