|
Kejadian yang menimpa Marsha beberapa minggu yang lalu benar-benar mengejutkan industri hiburan tanah air, apatah lagi, Marsha dikhabarkan telah jatuh pengsan selepas menelan 30 biji pil sehingga ada yang mengatakan wanita kelahiran Sabah ini mengalami tekanan dan cuba untuk membunuh dirinya. Enggan tampil biarpun sudah keluar daripada menjalani rawatan, Marsha bagaimanapun hadir di majlis rumah terbuka Alibi Music untuk menjelaskan perkara sebenar pada pihak media. “Malam sebelum kejadian, saya telah mengambil ubat tekanan darah rendah kerana rasa tidak sihat. “Biarpun masih lagi rasa belum pulih, saya tetap keluar untuk membeli makanan, tetapi ketika dalam perjalanan pulang, kepala saya rasa kurang selesa sehingga menyebabkan kereta yang saya pandu melanggar pembahagi jalan. “Keadaan tidak berapa teruk, jadi saya masih boleh memandu kereta itu sehingga selamat sampai di parkir rumah. “Namun, ketika dalam perjalanan daripada tempat letak kereta ke rumah, saya hilang kawalan lantas pengsan dan jatuh beberapa anak tangga, dan apabila sedar, saya sudah berada di hospital. “Saya yang ditempatkan di wad trauma dan kecemasan bagaimanapun dipindahkan di wad biasa pada sebelah malamnya,”cerita Marsha menjelaskan apa yang sebenarnya berlaku. Terkejut dengan khabar yang mengatakan dirinya telah menelan sejumlah ubat yang banyak, menurut Marsha itu semua tidak benar kerana dia langsung tidak berniat untuk membunuh diri. “Saya memang ada menghidap penyakit tekanan darah rendah, dan saya sudah menghidap penyakit ini semenjak dari tahun 2010 lagi. “Tentang dakwaan bahawa saya cuba membunuh diri itu memang saya terkejut besar, jika benar saya menelan 30 biji ubat, tentunya saya sudah mati sekarang, tetapi terbukti ia tidak benar. “Seperti semua orang tahu, saya datang dari keluarga yang mempunyai pegangan agama Kristian yang kuat, keluarga dan teman rapat yang banyak menyokong, jadi tidak terlintas langsung untuk saya bertindak demikian kerana saya tidak mahu mengecewakan mereka. “Ini juga sebenarnya bukan untuk meraih publisiti murahan, ia bukanlah sesuatu yang diminta oleh diri saya sendiri. Ditebak sama ada benar, punca dia mengalami gangguan kesihatan disebabkan oleh faktor cinta sehingga menyebabkan dirinya stress dan mengalami tekanan darah rendah, Marsha menafikan tentang perkara itu. “Tiada kaitan dengan bab cinta, kerana jika dibandingkan cinta sekarang dengan cinta yang lama, sekarang jauh lebih baik. “Sebenarnya saya sudah putus dengan kekasih saya dua minggu sebelum peristiwa ini berlaku, jadi ia langsung tidak ada kaitan . “Cinta bukan sesuatu yang besar, bekas kekasih saya juga ada datang melawat saya ketika di hospital. “Sekarang ini, saya ada berkawan dengan seseorang tetapi hubungan itu masih diperingkat perkenalan jadi masih tidak bersedia untuk berkongsi,”luah Marsha. |
Saturday, September 24, 2011
Bukan kerana putus cinta - Marsha
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

kekasih awak jahat
ReplyDelete