Friday, September 9, 2011

Bengkel tingkatkan kemahiran memasak


Puding soya berbiskut.


Setelah lebih setahun saya menulis dan berkongsi tip-tip dan resipi dalam ruangan ini, banyak maklum balas positif diterima daripada pembaca.

Dalam masa yang sama banyak juga pertanyaan dan permintaan agar mengadakan kelas masakan saya sendiri.

Bagaimanapun soalan dan permintaan itu sering saya berikan jawapan klise di antaranya "Insya-Allah jika saya ada mengadakan kelas masakan sendiri pasti saya akan maklumkan" dan sebagainya.

Bukan apa sebenarnya saya tidak ada tempat yang betul-betul sesuai untuk mengadakan kelas masakan tersebut.

Begitu pun, saya ada juga berkesempatan memenuhi undangan daripada Nestle Cornflakes dan Utusan Malaysia baru-baru ini dan beberapa undangan yang lain membuat bengkel masakan saya.

Saya berasa sungguh terharu apabila ada yang memaklumkan yang mereka ada mengumpul artikel dan resipi dari ruangan ini daripada keluaran artikel pertama. Saya mengucapkan terima kasih kerana sudi menggunting artikel dan resipi saya dan dan menjadi pembaca setia Dari Dapur Azli Razali.

Saya sangat menghargainya. Saya juga mendapat maklum balas bahawa ada yang mencuba resipi saya dan ia menjadi.

Ini satu kepuasan bagi saya lebih-lebih lagi ada yang menjadikannya sebagai juadah hidangan keluarga, teman-teman dan sumber pendapatan tambahan.

Tetapi ada juga yang mengeluh apabila tidak menjadi membuat resipi saya kerana tersalah teknik dan sebagainya. Selain itu ada juga yang tidak berani membuat kerana kurang keyakinan dan kemahiran.

Saya berasakan saya perlu membuat kelas atau bengkel masakan kepada mereka yang ingin meningkatkan ilmu dan kemahiran memasak mereka.

Bagi saya menghadirkan diri dalam bengkel-bengkel masakan adalah perlu kerana dalam bengkel masakan anda boleh mempelajari sesuatu masakan dengan lebih jelas dan segala kekeliruan tentang masakan dapat anda ajukan kepada chef yang mengajar.

Berasakan pentingnya bengkel masakan maka bermula minggu ini saya akan menganjurkan bengkel masakan kepada semua pembaca.

Bengkel masakan ini membolehkan anda belajar pelbagai jenis resipi yang sudah saya rancang untuk anda. Jadi sukalah saya untuk mengingatkan anda supaya tidak lepaskan peluang untuk mendaftar kerana tempat adalah terhad.

Sebanyak tiga resipi akan saya tunjukkan dan anda boleh belajar secara dekat bagaimana untuk menyediakannya daripada saya nanti.

Untuk bengkel pada 11 September ini saya akan menunjukkan resipi quiche ayam, pasta goreng barbeque dan puding soya berbiskut.

Cenderahati bernilai RM15 akan diberikan kepada semua peserta di samping berpeluang memenangi cabutan bertuah yang antara hadiah utamanya adalah satu unit acuan gelombang mikro berharga RM399.

Ia adalah sejenis acuan yang membolehkan anda membuat mufin menggunakan ketuhar gelombang mikro. Anda juga berpeluang memenangi hadiah-hadiah soalan kuiz.

Sesi soal jawab juga akan diadakan dan inilah kesempatan anda untuk bertanyakan apa sahaja kekeliruan tentang masakan kepada saya.

Jika anda ada sebarang pertanyaan sila berhubung dengan Tracy atau Daphne di talian 03-61426712. Anda boleh membuat pembayaran melalui bank OCBC di akaun 1711001624 atas nama Foodrecipesgateway Sdn. Bhd. dan hantarkan resit pembayaran melalui faks 03-61426712 atau email ke foodrecipesgateway@gmail.com.

Sebelum saya mengakhiri saya ingin berkongsi salah satu resipi yang akan saya tunjukkan semasa bengkel pada hujung minggu ini.

Resipi ini saya berikan sedikit perubahan daripada resipi yang saya dapat dari seorang teman Chef Rohimi. Jadi jika anda ingin mempelajari resipi ini dengan lebih jelas daftarlah ke bengkel ini dan jumpa anda di sana.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: