Wednesday, August 10, 2011

Sambutan Ulang Tahun ke-4 Yezz!



Bersempena usianya empat tahun, Majalah Yezz! terbitan Kumpulan Media Karangkraf Sdn Bhd menganjurkan majlis 4th Anniversary Yezz! Party bagi meraikan ulang tahun penerbitan majalah tersebut.

Ia bagi menghargai sokongan pembaca dan mendekatkan majalah Yezz! Dengan pembacanya. Berlangsung dengan cukup meriah di Cruise Tasik Putrajaya, ia dihadiri ramai selebriti tempatan serta para pembaca Yezz! Yang bertuah.

Majlis dirasmikan Ketua Pegawai Eksekutif Constabaru Sdn Bhd, Ahmad Jamil Gazali dan Pengarang Majalah Yezz! Anie Mohamed potong kek.

Bertemakan “Fairytale”, para tetamu, artis jemputan, dan para finalis yang terlibat dibawa menaiki “Kelah” bot berlayar menyusuri keindahan di sekitar Putrajaya.

Padat dengan pelbagai aktiviti menarik, ia dimulakan dengan tarian daripada pembaca setia Yezz! iaitu Cinderella Dance. Zoey dan Shila Amzah bertindak selaku pengacara majlis dan ternyata gandingan kedua-dua selebriti ini menggamatkan lagi suasana.

Persembahan yang dijayakan oleh para artis yang hadir seperti One Nation Emcees, Adam & VIP, Awi Rafael, Iqa Mentor, Tilu, dan Ernie Zakri menghiburkan tetamu.

Turut diserikan dengan nyanyian artis-artis jemputan, turut diadakan acara cabutan bertuah dan permainan bersama media, artis dan pembaca Yezz!

Hadiah-hadiah dan kek disumbangkan oleh Startouch Media, D’Tandoor, The Persada, AR & Alfio Raldo, Red Box Ria, Cityzone, Dua Dua Kodot, Suria FM, Ntv 7, Disney Channel, Secret Garden, The Faceshop, FMC, Garnier, Nusantara Edaran Filem, RAM Entertainment, Mc Donalds, Lipice, Henry Cats & Friends, Kleenex, Kotex, Jazz Star, Tayangan Unggul, Warner Music, KRU, dan Sony BMG. Cruise Tasik Putrajaya dan Inter-Orient Travel & Tour Sdn Bhd sebagai penaja rasmi lokasi.

Kemunculan 13 daripada 15 Finalis Covergirl Yezz! Smart, Gorgeous & Trendy 2011/2012 menggamatkan suasana. Penyertaan awal sebanyak 51 orang di senarai pendek daripada 1,000 penyertaan. Mereka dinilai menerusi Test Shoot dan Talent Test dan akan berentap di pentas akhir pada 22 Oktober 2011 di Grand Blue Wave Hotel, Shah Alam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: