
VOKALIS Band rock Kings of Leon, Caleb Followill dikhuatiri bakal menerima nasib yang sama seperti mendiang Amy Winehouse jika tindakan segera tidak diambil bagi mengatasi masalah ketagihan yang dialaminya. Namun dalam kes Caleb, 29, dia berhadapan dengan masalah ketagihan arak yang sudah di luar kawalan sehingga menyebabkan tiga lagi anggota kumpulan itu dikatakan mahu supaya Caleb segera didaftarkan masuk ke pusat pemulihan.
Kings of Leon terpaksa membatalkan konsert mereka yang ketika itu sedang berlangsung di Dallas, Texas pada 30 Julai lalu selepas Caleb tiba-tiba bertindak keluar dari pentas konsert tersebut dengan mendakwa dia tidak tahan panas. Ekoran itu, band tersebut membatalkan kesemua 29 konsert yang dijadualkan berlangsung sepanjang tahun ini.
Spekulasi mengenai masalah yang dihadapi Caleb itu mulai tercetus selepas seorang lagi anggota band itu yang juga abang Caleb iaitu Jared menulis dalam Twitter yang berbunyi: "Ada masalah dalaman (Kings of Leon) yang terpaksa diselesaikan. Saya tahu kamu semua (peminat) tidak bodoh. Aku tak boleh tipu. Ada masalah besar dalam band kami ini."
Selain Caleb dan Jared, band yang ditubuhkan pada tahun 1999 itu turut dianggotai seorang lagi adik-beradik Caleb dan Jared iaitu Nathan. Seorang lagi anggota Kings of Leon ialah sepupu mereka, Matthew.
Sumber memberitahu majalah USMagazine: "Jared, Nathan dan Matthew cuba untuk mendaftarkan Caleb masuk ke pusat pemulihan dan ia terutama sekali kerana masalah ketagihan alkohol yang dialami Caleb yang kini berada di luar kawalan."
Namun, wakil Kings of Leon menafikan spekulasi tersebut. Kata jurucakap mereka: "Caleb kini di bawah rawatan doktor kerana dia ada masalah suara. Doktor memintanya berehat daripada menyanyi buat seketika. Kings of Leon akan kembali untuk konsert jelahah mereka menjelang bulan September nanti.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: