Tuesday, May 24, 2011

Zarine cium lelaki misteri




NAMPAKNYA gadis yang dikatakan begitu istimewa di hati Salman Khan rupa-rupanya ada teman lelaki lain. Ketika menyambut hari jadinya yang ke-23 di sebuah kelab malam di Mumbai minggu lalu, Zarine Khan dilihat cukup mesra dengan seorang tetamu yang tidak dikenali.

“Zarine memasuki kelab malam tersebut sekitar pukul 1 pagi dengan rakan-rakannya. Abangnya juga turut bersama,” ujar sumber kepada Mid Day.

Tambah sumber: “Namun, Zarine dilihat cukup mesra dengan salah seorang pemuda yang datang bersamanya. Mereka saling bersentuhan dan kemudian saling bercium pipi antara satu sama lain. Lelaki misteri itu lebih rendah berbanding Zarine.”

Zarine dalam pada itu mengakui kesahihan laporan tersebut tetapi dia menafikan lelaki itu adalah teman lelakinya. Katanya: “Memang saya meraikan hari jadi saya di kelab malam tersebut pada minggu lalu.

“Pemuda itu adalah rakan baik saya. Kenapa saya agak mesra dengan dia adalah kerana dia yang membuat kejutan majlis hari jadi untuk saya. Saya masih solo.”

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: