![]() |
| HELLCATS 13 episod menemani penonton 8TV setiap malam Khamis sejak 12 April lalu. |
DALAM usaha memenuhi kehendak dan selera penonton 8TV membariskan pelbagai rancangan baru yang lebih menarik bagi menceriakan hari-hari penonton setia mereka.
Gabungan rancangan berbentuk urban dan cina dilihat sebagai satu percaturan terbaik dalam memberikan lebih variasi kepada penonton.
Pengurus Besar Kumpulan 8TV dan NTV7, Airin Zainul berkata, sepanjang hampir tujuh tahun stesen saluran percuma itu ditubuhkan, pihaknya banyak belajar untuk lebih memahami selera dan kehendak penonton.
"Itu memberikan kelebihan kepada kami dalam menghasilkan pengisian yang lebih segar dan kreatif.
"Apa yang penting kami ingin menghasilkan sesuatu yang lebih menghiburkan penonton yang setia bersama kami," katanya di sini, baru-baru ini.
Bagi tujuan itu, Ba Du Kong Jian (8TV Mandarin) telah membariskan drama-drama menarik sepanjang tahun ini.
Antaranya, Model A La Mode and The Ajusters 2, The Ring Mission, Ultimate Hot Chef Gateways, Exodus, Offbeat Living dan Wonder Explorer.
Tidak cukup setakat itu, 8TV juga akan menyiarkan musim terbaru rancangan yang telah lama bertapak di stesen milik Media Prima Berhad iaitu Eye On You, Step Forward, Go Go Go 3 Ho Chak!, 8 E-News dan 8 Style.
Program berbentuk drama pula, All Boys Are Brother, Personal Taste, Bread, Love and Dreams dan The Fugitive: Plan B akan ditayangkan melalui slot Best of The East, setiap Isnin hingga Jumaat, 8.30 sehingga 9.30 malam.
Bukan hanya menyiarkan rancangan dari timur, 8TV juga membariskan siri popular Hollywood seperti Desprate Housewifes-year 7, American Idol- year 10, 10 Things I Hate About You- year 2, NCIS LA-year 2, The Vampire Diaries-year 2 dan Criminal Minds-year 8.
Selain menyiarkan siri hebat dari Hollywood, program-program baru juga akan menjadi percaturan baru 8TV dalam menghangatkan lagi stesen itu seperti Hellcats dan Pretty Litter Liars.
Tidak ketinggalan anugerah-anugerah hiburan antarabangsa seperti 2011 Teen Choice Awards, 2011 MTV Movie Arwards dan The 2011 38th Annual American Music Awards juga akan menjadi antara program yang disiarkan tahun ini.
Bagaimanapun, dalam usaha untuk menjadi landasan kepada bakat-bakat baru industri hiburan tanah air rancangan Showdown 2011, Field Trip USA 2, Shout! Awards 2011 dan The 8TV Queckie dipertaruhkan 8TV dalam memenuhi selera penonton khususnya golongan muda.
Dalam memangkin industri tempatan, program baru yang diterbitkan oleh produksi tempatan seperti Island and Beaches, Wildlife & National Park dan Best In The World menjadi pilih 8TV dalam usaha memberikan pilihan yang lebih pelbagai kepada penonton.
Semua rancangan berkenaan boleh ditonton terus melalui siaran 8TV di saluran 708 Astro ataupun menerusi Catch Up di www.8tv.com.my atau www.tonton.com.my.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: