Tuesday, May 17, 2011

Tol Metramac Arah Cheras dan Petaling Jaya dimansuh


KUTIPAN tol di Plaza Tol Arah Cheras dan Petaling Jaya, Lebuh Raya Hubungan Timur Barat dimansuhkan mulai malam tadi.


KUALA LUMPUR – Kutipan di Plaza Tol Arah Cheras dan Petaling Jaya, Lebuh Raya Hubungan Timur Barat (Metramac) di sini dimansuhkan mulai malam tadi sekali gus meringankan beban kira-kira 100,000 pengguna terutama penduduk berhampiran.

Ia merupakan pemansuhan kutipan yang kesembilan dilaksanakan oleh kerajaan selepas Plaza Tol Teluk Kapas, Lebuh Raya Pintas Selat Kelang Utara (NKSB-Shahpadu) pada 21 Disember 2009.

Pengumuman pemansuhan kutipan tol itu dilakukan Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor di Plaza Tol Arah Petaling Jaya kira-kira pukul 8.30 malam.

Pemansuhan itu dilaksanakan tujuh tahun lebih awal daripada tempoh konsesi lebuh raya itu yang sepatutnya tamat pada 31 Mei 2018.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: