
Timbalan Ketua Eksekutif Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade), Dr Wong Lai Sum berkata, industri automotif India bernilai AS$59.78 bilion dalam tahun kewangan 2009-2010.
“Malaysia hanya mengeksport komponen dan alat ganti automotif bernilai RM12.52 juta ke India pada 2010, atau kurang daripada 0.1 peratus daripada jumlah eksport bernilai RM20.96 bilion.
“Perangkaan ini menunjukkan penembusan bekalan komponen automotif Malaysia yang rendah ke dalam pasaran India,” katanya.
Bercakap pada seminar mengenai Potensi dan Peluang-peluang Pasaran Automotif di India di Kuala Lumpur, Wong berkata, Malaysia menduduki ranking ke-22 global tahun lepas dalam pengeluaran kenderaan penumpang dengan 522,568 unit dikeluarkan.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: