Thursday, May 12, 2011

Super Junior M di Taiwan


SUPER JUNIOR M


SUPER JUNIOR M yang merupakan sub unit band popular Korea, Super Junior kini berada di Taiwan selama dua bulan untuk tujuan promosi album mini terbaru mereka yang berjudul Perfection.

Band Super Junior M yang dianggotai oleh Si Won, Donghae, Ryeowook, Kyuhyun, Henry, Zhou Mi, Eunhyuk dan Sungmin itu sibuk menghadiri program televisyen di Taiwan.

Dalam program televisyen Entertainment @ Azio yang dikendalikan oleh Patty Hou dan disiarkan pada 5 Mei lalu, Sungmin mendedahkan selepas menetap di Taiwan untuk jangka masa yang lama, dia kini mampu minum lebih daripada 10 cawan teh buih sehari.

Tabiatnya itu menyebabkan bentuk wajahnya semakin bulat. Anggota yang lain juga tidak ketinggalan berkongsi pengalaman mereka sepanjang berada di Taiwan terutamanya tentang skil bahasa Mandarin.

Bagi memantapkan bahasa Mandarin mereka, setiap anggota Super Junior M wajib membawa buku nota kecil umpama kamus yang membantu mereka menyebut ayat dalam bahasa Mandarin dengan betul.

Disebabkan bahasa Mandarin mereka masih lemah, mereka kerap kali melakukan kesalahan apabila sesi temuramah dijalankan. Malah, mereka juga sering tersalah tafsir soalan yang diajukan kepada mereka.

Ketika Kyuhyun disoal sama ada dia berminat untuk bekerja dengan penyanyi idolanya Zhang Huimei atau nama pentasnya A-Mei, dia menyangka dia disoal sama ada dia mahu pergi minum dengan A-Mei.

Selain itu, mereka juga berkongsi mengenai barangan yang wajib dibawa sepanjang masa dan tidak secara langsung mendedahkan bahawa Henry tidak suka mandi tetapi selalu membawa berus gigi dan ubat gigi ke mana sahaja dia pergi.

"Saya tidak kisah jika saya tidak mandi selama seminggu, sebulan ataupun setahun tetapi saya tidak boleh hidup tanpa menggosok gigi walaupun sehari," kata Henry.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: