Monday, May 23, 2011

Sibuk tak halang Hazri cemerlang


MOHD. HAZRI (kiri) dan rakannya, Muhammad Najib berkongsi kegembiraan selepas menerima Anugerah Pengarah Politeknik pada majlis Konvokesyen Politeknik Ungku Omar ke-40 di Ipoh semalam.


IPOH – Kesibukan tugas sebagai Yang Dipertua Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) Politeknik Ungku Omar (PUO) di sini tidak menjadi penghalang kepada Mohd. Hazri Abdan, 22, untuk mencapai kecemerlangan dalam pelajaran.

Graduan lulusan diploma Kejuruteraan Awam itu dinobatkan sebagai penerima Anugerah Pengarah Politeknik pada majlis konvokesyen PUO ke-40 di sini semalam.

Mohd. Hazri yang merupakan anak bekas Komandan Kem Pasukan Gerakan Am (PGA), Ulu Kinta dekat sini mencapai keputusan Purata Gred Nilai Kumulatif (PGNK) 3.5.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: