![]() |
| |
KOTA BHARU - Kekeliruan segelintir pengusaha restoran mengenai proses memperoleh sijil halal boleh diatasi menerusi seminar yang bakal dilangsungkan pada Karnival Halal Kelantan hujung Mei ini.
Seminar Panduan Restoran Halal pada pada 28 Mei ini akan membincangkan secara terperinci mengenai prosedur untuk memperoleh sijil halal, penyelewengan logo dan kaedah sebenar untuk mempamerkan logo tersebut.
Seminar itu dianjurkan secara bersama oleh badan bukan kerajaan antarabangsa, International Halal Integrity (IHI) Alliance, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) dengan urusetianya, KasehDia Sdn. Bhd.
Menurut Eksekutif Kanan Komunikasi Korporat IHI Alliance, Mahathir Mohd. Amin, seminar itu merupakan peluang terbaik untuk peniaga makanan memahami dan peka terhadap pensijilan halal.
"Pengusaha-pengusaha restoran, kafeteria, kopitiam, kantin mahupun katering patut menghadirinya untuk menambah pengetahuan," katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Tambahnya, seminar yang diadakan secara percuma itu dibahagikan kepada dua sesi iaitu dari pukul 9 pagi hingga 1 petang dan pukul 1 hingga 4.30 petang.
Untuk maklumat lanjut mengenai seminar itu diminta menghubungi 03-23001344 atau 03-62031025.
Karnival Halal Kelantan 2011 akan diadakan di Kompleks Islam Darul Naim di sini selama tiga hari bermula 28 Mei.
Mereka yang berminat untuk menjadi penyewa ruang pameran, lengkapkan borang yang disiarkan dalam akhbar Kosmo! dan faks ke 03-21661148 atau hubungi 03-21711128.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: