
Pengurus Besar GBA Corporation Sdn Bhd, Mohan Alagappar berkata, peraduan terbuka untuk semua peminat pasta San Remo dan sebagai tanda penghargaan atas kepercayaan dan sokongan pengguna yang berterusan.
“Sama ada anda menonton televisyen dengan semangkuk pasta atau berkongsi kelazatan sajian bersama keluarga.
“Kami ingin menghidupkan kenangan ini di kalangan peminat pasta di seluruh negara menerusi peraduan yang membolehkan mereka menyusun detik indah semasa menikmati sajian kegemaran,” katanya.
Peserta hanya perlu menyusun 10 detik indah menikmati pasta daripada 12 yang dipaparkan pada borang penyertaan dan melengkapkan slogan diberikan.
Peserta juga dibenarkan menghantar seberapa banyak penyertaan sepanjang tempoh peraduan yang berlangsung mulai 15 Mei hingga 15 Julai, juga wajib melampir satu pek kosong pasta kering San Remo sebagai bukti pembelian.
Selain dari hadiah utama pemenang juga bakal menerima set pinggan mangkuk Noritake bernilai RM3000, set memasak Tefal bernilai RM2000 dan tiga set Tupperware bernilai RM1000 setiap satu serta 10 buah hamper yang mengandungi produk San Remo bernilai RM300 bersama periuk pasta sebagai hadiah sagu hati.
Sementara itu, San Remo diedarkan secara eksklusif di Malaysia oleh GBA Corporation Sdn Bhd. yang juga menguruskan banyak jenama terkenal dengan kerjasama rakan niaga dari seluruh dunia.
Antaranya, Fisherman’s Friend, Evian, Loacker, Provite, Volvic, Lea & Perrins, Davidoff Cafe dan Kikkoman.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: