NUR Kasih The Movie (NKTM) nyata memberi impak apabila dalam tempoh empat hari tayangan, filem sentuhan Kabir Bhatia itu mampu mencecah kutipan kasar RM2.3 juta, malah angka berkenaan dijangka terus meningkat bersandarkan reaksi positif khalayak terutama menerusi laman sosial.
Ditayangkan di 62 pawagam seluruh negara termasuk satu di Brunei bermula 19 Mei lalu, kisah cinta tiga segi yang mencipta fenomena dua tahun lalu tatkala disiarkan di televisyen diyakini mempunyai pengikut tegar yang tetap turun ke panggung memberikan sokongan.
“Promosi jelajah NKTM akan diteruskan ke beberapa destinasi luar Kuala Lumpur kerana peminat menantikan kehadiran Tiz Zaqyah, Fizz Fairuz dan Remy Ishak, begitu juga hebahan di radio dan TV. Jika melihat kutipan, NKTM mampu memperoleh kutipan yang baik selepas Khurafat.
“Biarpun lega dengan kutipan awal sebanyak RM2.3 juta dalam tempoh empat hari, kami tidak akan berpeluk tubuh dan pada masa sama masih meneruskan misi perbincangan meminta pihak pawagam melanjutkan tayangan filem ini supaya lebih ramai penonton berpeluang mengikutinya,” katanya mengenai filem tulisan Mira Mustaffa itu.
Akuinya lagi, hasil maklum balas peminat yang mengikuti drama bersiri yang diangkat ke layak perak itu termasuk dari Singapura, usaha kini giat dijalankan untuk merealisasikan harapan masyarakat di sana untuk membawa NKTH ke Kota Singa.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: