HIDUP di kota besar dengan bebanan kesibukan pastinya mengundang tekanan pada kulit, ditambah pula pencemaran persekitaran mendatangkan pelbagai noda kepada kulit .
Tambahan pula negara kini dilanda jerebu yang menyebabkan kualiti udara tidak sihat.
Umum mengetahui jerebu terhasil daripada proses yang tidak sihat seperti pembakaran, pengeluaran asap kilang dan kenderaan serta asap rokok. Udara jerebu mengandungi pelbagai debu, habuk dan gas-gas toksik.
Ia boleh menyebabkan kulit wajah kusam dan menjadi lebih sensitif.
Jika dibiarkan, tentu berterusan penderitaan kulit sehingga menganggu penampilan wajah anda. Tentu saja ada penyelesaian di sebalik setiap permasalahan tersebut demi mengembalikan keserian kulit .
Kulit melindungi bahagian dalaman tubuh badan supaya tidak cedera, tidak terkena kuman, melindungi anggota badan daripada kecederaan.
Rawatan penjagaan kulit muka dan badan serta pemakanan yang seimbang pula penting untuk menjaga kesihatan kulit .
Kebiasaannya, kulit yang nipis, kering dan tidak sihat adalah sensitif dan mudah dijangkiti penyakit jika terdedah kepada kuman. Jadi adalah penting untuk menjaga kesihatan kulit wajah dan badan.
Kajian terbaru Akademi Amerika Dermatologi menunjukkan bahawa lebih daripada 50 peratus penduduk Amerika Syarikat mempunyai kulit sensitif.
Dalam pada itu, berjuta-juta orang di seluruh dunia berkata bahawa mereka mempunyai kulit sensitif dan jumlah mereka semakin meningkat.
Ini bukanlah perkara baru di Asia. Ini kerana kulit wanita Asia lebih sensitif kerana ia nipis dan lembut secara genetik. Tambahan pula wanita Asia pada musim ini terdedah dengan cuaca panas dan persekitaran yang tidak bersih.
"Kajian terkini menunjukkan terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan kulit alah dan sensitif seperti faktor genetik, gaya hidup seperti tekanan, tabiat pemakanan, prosedur perubatan, kesan alam sekitar dan cuaca panas.
"Bagi mengenal pasti sama anda mempunyai kulit sensitif atau tidak, saya mencadangkan supaya anda perhatikan ciri-ciri fizikalnya seperti kulit yang nipis, tegang akibat kekeringan, bertompok kemerah-merahan, mengelupas dan mudah merah," jelas Naib Presiden bahagian Perkembangan Teknikal Dermalogica , Dr. Diana Howard,
Biologi
Secara biologi, kulit akan menjadi alah atau terasa rengsa bersama dengan lapisan epidermis atau lapisan pelindung kulit yang terjejas.
Justeru itu, Dr. Howard mengingatkan bahawa kulit yang mudah sensitif, selnya akan rosak secara kekal sekiranya tidak dirawat dan seterusnya akan mengakibatkan masalah kulit yang serius dan penuaan pra matang.
Bagi merawat dan menjaga kulit sensitif, seseorang itu perlulah mengelakkan perkara-perkara yang boleh mengakibatkan alahan seperti membersih dengan terlalu kuat, memicit kulit muka, pengelupasan berlebihan atau terdedah kepada cuaca yang melampau.
Mereka hendaklah menggantikan fungsi perlindungan permukaan kulit dan melindunginya dengan menggunakan produk penjagaan kulit yang lembap dan menggantikan lipid semula jadi serta mengelakkan kehilangan kelembapan dan menghalang agen alahan tanpa mengakibatkan ketidakselesaan.
Dalam pada itu, Dermalogica menerusi produk UltraCalming mengekalkan standard formula bebas daripada bahan yang boleh menyebabkan alahan seperti pewangi dan pewarna dan merawat kulit yang rengsa, kulit yang sangat reaktif dan kulit yang baru selepas pengelupasan.
Setiap produk dalam rangkaian ini mempunyai bahan utama yang membantu melegakan kulit dan mengurangkan ketidakselesaan seperti ekstrak akar Red Hogweed, ekstrak kernel oat, halia dan bisabolol (bahan yang diperoleh daripada Chamomile).
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Dermalogica sila layari www. dermalogica .com.my.
info tentang kulit kusam di SIHAT SELALU - Punca Kulit Kusam dan Rawatan Laser
ReplyDelete