Wednesday, May 11, 2011

Q-Tap rintis jalan industri berkenaan di Malaysia

Lembaga Ujian Perisian Malaysia (MSTB) menjalin usaha sama dengan Telekom Research and Development untuk membina Program Bantuan Ujian–Ujian (Q-Tap).

Program terbabit dirangka khusus untuk membantu syarikat dan organi-sasi tempatan memperoleh kemahiran ujian perisian dan membangunkan keupayaan melaksanakan ujian profesional ke atas produk mereka sendiri.

Presiden MSTB, Mastura Abu Samah berkata, Malaysia berpotensi menjadi pusat sehenti serantau bagi ujian perisian dalam tempoh lima tahun akan datang.

Menurutnya, nilai bersih pasaran ujian perisian global seperti disahkan TechNavio, laporan diterbitkan Infiniti Research Limited dianggarkan ASD18.3 bilion menjelang 2013.

“Industri ujian perisian berkembang pesat di Malaysia dan mempunyai nilai kritikal kerana boleh menghasilkan pulangan bermanfaat kepada negara,” katanya.

Majlis Q-Tap turut dilancarkan Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Fadillah Yusof.

Mastura berkata, program Q-Tap bertujuan membantu syarikat dan organisasi yang turut serta melahirkan profesional bertauliah dan berkemahiran tinggi dalam bidang ujian perisian serta jaminan kualiti perisian (SOA).

Beliau berkata, industri ujian perisian mempunyai nilai strategik di Malaysia dari segi pulangan wang langsung, dan pertumbuhan industri lain menerusi peningkatan kualiti produk, perkhidmatan dan budaya kerja.

Program itu termasuk latihan dan persijilan ahli pasukan ujian perisian syarikat dan organisasi turut serta.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: