Tuesday, May 10, 2011

Protege lelaki haus dalam Mentor 5

Nampaknya dua protege lelaki tidak dapat menyaingi penguasaan empat wanita untuk terus melangkah dalam program Mentor 5. Setelah Ayish (Protege Noh) tersingkir minggu lalu, malam tadi giliran Aiman (protege Rahim Maarof) pula untuk angkat kaki.

Sebagaimana yang dijangka dari awal Salma (protege Erra Fazira) terus menjuarai saingan kumpulan B dengan mengatasi Iqa (protege Edry KRU) dan Aiman dalam kesemua saingan selama empat kali.

Ayish dan Noh akur kena singkir.

Salma dan Iqa akan bersama-sama Shiha (protege Datuk Sharifah Aini) dan Ratnah (protege Afdlin Shauki) yang layak ke semi final. Inilah saingan sebenar apabila dua protege yang mengumpul mata terbanyak setiap kumpulan akan terus berentap pada pusingan separuh akhir sebelum adanya penyiingkiran lagi dalam menentukan siapakah juaranya.

Shiha yang sentiasa selesa dalam kumpulan A kali ini akan menerima saingan baru apabila harus berentap bersama Salma yang dilihat mempunyai kelebihan dengan suara lantang dan bertenaganya. Shiha pula mempunyai kelebihan mampu menyanyi pelbagai rentak.

Adakah Shiha mampu mengatasi Salma apabila bersaing nanti? Salma pastinya akan mempamerkan persembahan yang lebih bertenaga setelah menunjukkan kemerosotan markah kerana vokalnya yang kurang sesuai dengan lagu bernada rendah dalam saingan terakhir kumpulan B di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam, Ahad lalu.

Jangan lupa pada kemampuan Ratnah yang penuh energi di pentas serta kreativiti Edry yang mencantikkan persembahan Iqa setiap kali beraksi. Sememangnya percaturan bijak Mentor juga memainkan peranan penting dalam menentukan kejayaan bakal artis didikan mereka.

Erra dan Sharifah Aini tidak memiliki masalah mengasah

Shiha dan Ratnah juga layak ke semi final.

vokal Salma dan Shiha kerana mereka sememangnya tiada masalah dari segi vokal. Tugas Sharifah Aini lebih terarah kepada membentuk Shiha muncul dengan identiti tersendiri yang tiada pada penyanyi sedia ada.

Erra pula memainkan peranan tambahan untuk mencantikkan Salma yang ada kekurangan daripada segi pakej lengkap seorang penghibur apabila penampilan seseorang artis juga turut dipandang dalam sesebuah program yang berkonseop realiti. Apabila ada undian SMS peminat, pekej antara yang menjadi tarikan mereka.

Ke mana haluan Ayish, Aiman?

Aiman diramal bakal popular kerana pakej menarik.

Berakhirkah langkah Ayish dan Aiman dalam usaha menempatkan diri sebagai artis setelah tersingkir awal daripada Mentor? Segala-galanya terserah kepada mereka untuk mencorakkan masa depan dalam bidang seni. Sekiranya mereka ada kesungguhan dan mahu berusaha, pasti ada ruang untuk mereka juga nanti.

"Saya rasa Aiman tak ada masalah untuk terus mendapat tempat dalam bidang seni dengan pakej menarik yang ada," kata Mus May yang diundang selaku juri jemputan Mentor.

Aiman sendiri berjanji tidak akan mensia-siakan peluang yang ada dan perjuangannya dalam bidang seni tidak akan berakhir setelah terkeluar daripada Mentor. Dia bersemangat tinggi untuk menonjolkan keupayaan diri.

"Selepas Mentor saya akan bekerja keras lagi untuk menonjolkan bakat yang ada dalam diri saya," kata Aiman ketika ditemui baru-baru ini. Dia tidak mahu menjadikan kegagalan mara sebagai mematahkan semangatnya.

Pastinya masih ada ruang untuk Ayish dan Aiman untuk membuktikan mereka layak menjadi penyanyi tanpa membawa gelaran kejuaraan Mentor.

Kalau mahu hasilkan lagu, mereka boleh pilih lagu yang benar-benar kena dengan kemampuan vokal masing-masing. Pasti lagu mereka akan diterima oleh peminat.

Aiman juga dilihat boleh mewarnai bakat seni dengan menceburi bidang lakonan dan peragaan. Sosok tinggi lampainya memudahkannya ke laluan itu. Apatah lagi Mentornya mempunyai agensi peragaan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: