![]() |
| Anak-anak orang Asli berbaris untuk mendapatkan Burger Yadim 1Malaysia di Sungai Judah, Pulau Carey, Selangor, baru-baru ini. |
Sejajar dengan Gagasan 1Malaysia, Yayasan Dakwah Islam Malaysia (Yadim) menyemarakkan program turun padang melalui pelbagai aktiviti yang dijalankan.
Khalayak sasarnya meliputi semua golongan masyarakat terutamanya Orang Asli, pelajar, belia, golongan kurang upaya, pesakit, warga tua, anak yatim dan masyarakat bandar dan luar bandar.
Pendekatan Yadim iaitu mesra dan santai serta prihatin terhadap isu dan keperluan masyarakat berjaya membuka ruang dimensi dakwah yang bersifat interaktif dan proaktif.
Sejak tahun lalu Yadim menggiatkan program bersama masyarakat Orang Asli. Bagi mempastikan impak yang berkesan, kaedah baru turut dirintis.
Sehubungan itu Burger Yadim 1Malaysia' diperkenalkan. Ia adalah satu lagi wahana Yadim bagi menjalinkan kemesraan bersama masyarakat Orang Asli.
Pada 4 hingga 6 Mei lalu, Burger Yadim 1Malaysia diperkenalkan di tiga perkampungan Orang Asli di Selangor iaitu Sunagi Judah, di Pulau Carey, Kuala Panson, Hulu Langat dan Paya Lebar, Sungai Lui, Hulu Langat.
Program itu diketuai Ketua Pegawai Perhubungan Yadim, Mohammad Noor Abdul Rahman.
Ia mendapat sambutan baik daripada semua peringkat sama ada kanak-kanak, remaja, dewasa dan warga tua. Sambil menyedia dan mengedarkan burger secara percuma, pegawai dan petugas Yadim beramah mesra dengan masyarakat Orang Asli.
Antaranya, memberikan motivasi supaya pelajar dan ibu bapa mengutamakan pelajaran, menyediakan burger bersama remaja Orang Asli, dan menziarahi rumah mereka.
Berdasarkan kejayaan program ini, pada 25 Mei 2011 Yadim bersama 50 mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia akan menemui masyarakat Orang Asli Kampung Simpang Arang, Gelang Patah, Johor bersama Burger Yadim 1Malaysia melalui program gotong-royong di perkampungan itu.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: