Sunday, May 22, 2011

Pink selar Selena kerana kuda merah jambu


SELENA bersama seekor kuda yang diwarnakan dengan warna merah jambu di lokasi penggambaran klip videonya di pantai Malibu.


CALIFORNIA - Penyanyi terkenal Amerika Syarikat (AS), Pink menyelar artis remaja, Selena Gomez dalam laman sosial Twitter atas tindakan mewarnakan seekor kuda dengan warna merah jambu untuk digunakan dalam klip video terbarunya.

Selena yang berusia 18 tahun itu dikatakan merakam lagu bertajuk I Love You Like A Love Song di pantai Malibu kelmarin.

Pink memang sudah lama dikenali sebagai seorang penyokong Pertubuhan Hak Asasi Haiwan (PETA). Mempunyai lebih empat juta pengikut di laman Twitter, Pink menulis: "Ada kuda yang dicat dengan warna merah jambu untuk satu klip video bodoh. Memalukan. Artis sepatutnya lebih peka dan bertanggungjawab terhadap tindakan mereka."

Selepas mendapat mesej daripada peminat bintang Disney itu, Pink membalas: "Sama ada anda peminat saya atau tidak, saya tidak akan berhenti bercakap tentang kekejaman ke atas binatang."

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: