Saturday, May 14, 2011

Petronas labur RM60b di Johor


NAJIB menerima cenderamata daripada Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Datuk Shamsul Azhar Abbas (kanan) selepas menyampaikan ucapan sempena majlis pengumuman projek RAPID di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Petroliam Nasional Berhad (Petronas) akan membina kompleks penapisan dan petrokimia bersepadu bernilai AS$20 bilion (RM60 bilion) di Johor selatan yang akan beroperasi akhir 2016, demikian diumumkan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata, projek itu akan meningkatkan kapasiti penapisan Malaysia dalam produk seperti gasolin, bahan api jet dan diesel bagi memenuhi keperluan bahan api negara yang semakin meningkat serta merangsang eksport bahan api.

Projek berkenaan yang dikenali sebagai Pembangunan Bersepadu Penapisan dan Petrokimia (RAPID) kini di peringkat kajian kebolehlaksanaan terperinci dan akan terdiri daripada kilang penapis minyak mentah, pemisah nafta yang akan menghasilkan kira-kira tiga juta tan etilena, propilena, C4 dan C5 olefin setahun serta sebuah kompleks polimer dan petrokimia yang boleh mengeluarkan pelbagai bahan kimia khusus.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: